Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Datuk dipenjara 5 tahun kerana cabul kehormatan cucu 9 tahun ketika ibu bapanya di jel

Jun 22, 2021 | 06:42 PM



DIA adalah satu-satunya pengasuh buat cucu perempuannya apabila kedua-dua ibu bapanya dipenjara kerana kesalahan dadah.



Namun, datuk ini mencabul cucunya berkali-kali apabila budak itu berusia sembilan tahun.



Antara 2012 dengan 2013, lelaki yang kini berusia 69 tahun akan mengurut budak itu dan menyentuhnya di bahagian tubuh yang tidak wajar sedang enam adik-beradiknya tidur di bilik sebelah.



Perbuatan si datuk hanya diketahui pada 2017 apabila seorang jiran mereka disiasat kerana melalukan kesalahan seksual ke atas budak yang kini berusia 18 tahun itu. Jiran itu telah dihukum penjara 20 tahun dan rotan 16 kali.



Pada Selasa (22 Jun), datuk yang tidak boleh dinamakan bagi melindungi identiti gadis ini dipenjara lima tahun di atas dua kesalahan mencabul individu bawah umur, di bawah usia 14 tahun.



Dua tuduhan serupa dipertimbangkan dalam Hakim Daerah John Ng memutuskan hukuman yang diberi.



Timbalan Pendakwa Raya (DPP), Angela Ang dan Asoka Markandu, menyifatkan kes ini sebagai dahsyat di mana yang tertuduh mengambil kesempatan daripada keadaan cucu kecilnya itu yang bergantung padanya. Daripada menjaganya, si datuk pula melakukan perbuatan songsang bagi memenuhi nafsunya.



Mahkamah diberitahu sekitar 2012, mangsa yang ketika itu berada di Darjah 4, lenguh tubuhnya selepas bermain bola sepak.



Pada malam itu, ketika adik-beradiknya tidur di flat HDB itu, datuknya mengurutnya dengan menggunakan minyak serta menyentuhnya di beberapa bahagian tubuh. 



Selepas kejadian itu, si datuk terus-terusan mengurut cucunya itu pada waktu malam ketika adik-beradiknya tidur dan mencabul kehormatannya antara lima hingga 10 minit setiap kali bertindak demikian.



Pada 2013, apabila budak itu berusia antara 10 hingga 11 tahun, datuknya memanggilnya ke bilik tidur dan memintanya baring di atas katil. Dia kemudian meletakkan dirinya di atas cucunya itu selepas menanggalkan pakaiannya sendiri dan pakaian budak itu. Dia juga membelai cucunya.



Lelaki itu hanya berhenti melakukan perbuatannya itu setelah ibu budak itu dibebaskan dari penjara pada 2014.



Pihak pendakwa memberitahu mahkamah budak itu awalnya berdiam diri tentang perbuatan datuknya kerana si datuk merupakan satu-satunya penyara hidup keluarg. Dia, justeru itu, enggan keluarganya kelak menghadapi kesusahan.



Satu laporan Institut Kesihatan Mental (IMH) menunjukkan bahawa lelaki itu bukan lelaki yang mempunyai kecenderungan seks terhadap kanak-kanak tetapi dikhuatiri lebih menimbulkan risiko mengulangi kesalahannya itu kerana tidak menunjukkan sebarang penyesalan.



Pihak pendakwa menggesa mahkamah agar mengenakan hukuman penjara lima tahun dan enam bulan serta menyifatkannya menyalahgunakan kepercayaan yang diberi.



"Yang tertuduh menyalahgunakan kepercayaan yang diberi kepadanya dengan menyerang secara seksual mangsa ini dalam lingkungan rumah budak itu sendiri," jelas DPP Ang.



 



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >