Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DBS: Hartanah bukan lagi 'jaminan' untuk raih kekayaan

Oct 14, 2021 | 05:30 AM



HARTANAH telah menjadi strategi pengumpulan kekayaan bagi generasi awal pemilik rumah, kerana ramai melihat nilai pelaburan rumah dan hartanah mereka meningkat berlipat kali ganda saban tahun.



Namun apa yang mungkin berjaya untuk warga emas mungkin tidak lagi mencukupi atau berkesan untuk warga muda Singapura yang berusaha untuk bersara secara selesa, menurut kajian terbaru DBS.



Ini terutama kerana hartanah baru sekarang lebih kecil dan mahal dengan lonjakan harga yang melebihi peningkatan pendapatan.



Pengamat hartanah dari Kumpulan Kajian DBS, Encik Derek Tan memberitahu akhbar The Straits Times dalam satu sidang media bahawa nisbah harga hartanah dan pendapatan diunjur akan mencapai paras tertinggi dalam sejarah Singapura kerana kos hartanah berharga 15 kali ganda dari gaji tahunan bagi keluarga berpendapatan sederhana.



Sebelum ini, catatan untuk nisbah harga hartanah dan pendapatan hanya mencecah hingga 12 ke satu.



Encik Tan berkata:



"Angka ini adalah yang tertinggi kita lihat dalam 20 tahun. Ini bermakna harga semasa tidak dapat bertahan, kecuali jika kita melihat gaji meningkat pada kadar yang lebih cepat, dan ini juga menunjukkan bahawa isi rumah harus memerlukan dua sumber pendapatan."



Laporan DBS menunjukkan bahawa harga hartanah secara purata bagi setiap kaki persegi (psf) telah melonjak 50 peratus sejak 2010, kenaikan yang semakin ketara dalam pelancaran hartanah baru.



Harga psf telah meningkat dari sekitar $1,200 pada 2015 ke $1,800.



Namun, rumah-rumah semakin kecil, dengan harga yang lebih tinggi, kata Encik Tan.



Flat empat bilik kini 900 kaki persegi (psf) hingga 1,000 psf secara purata, dan ukuran rumah pelancaran baru telah turun sekitar 20 peratus.



Data dari DBS mengenai hampir 1.2 juta perjanjian jual beli hartanah mendapati bahawa rakyat Singapura rata-rata memperuntukkan 20 peratus pendapatan mereka untuk membayar pinjaman rumah mereka.



Bahkan, ia mencapai 50 peratus pendapatan bagi sebilangan orang.



Golongan pertengahan adalah golongan yang sering memiliki hartanah dan di samping itu mempunyai kecenderungan yang lebih rendah untuk melabur dalam aset lain.



Sebaliknya, aset lain dapat memberikan pulangan yang lebih tinggi dan menawarkan kecairan berbanding hartanah, kata Encik Tan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >