Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DBS lancar program teknologi perantis bagi pelajar politeknik

Oct 11, 2022 | 05:30 AM



DBS mengumumkan pelancaran program barunya, Program Perantisan FinTech DBS semalam.



Program perantisan tiga tahun itu bertujuan mempersiapkan para pelajar politeknik untuk peranan teknologi dalam bank.



Dibangunkan dengan kerjasama Politeknik Temasek (TP) dan Politeknik Nanyang (NYP), program itu akan mengambil 20 pelajar tahun ini sebagai permulaan.



Sementara itu, rancangan sedang dijalankan untuk meningkatkan program bagi lebih ramai pelajar di kesemua lima politeknik di Singapura pada tahun-tahun akan datang.



Para pelajar dari tahun satu hingga tiga akan diberi peluang menghadiri kelas sarjana yang disampaikan oleh jurutera kanan bank itu untuk mendapat pendedahan kepada bagaimana teknologi digunakan dalam sektor perbankan dan kewangan.



Mereka yang berada di tahun dua akan menerima bimbingan daripada jurutera kanan bank ketika melakukan projek sekolah mereka.



Ia direka untuk memberi pendedahan yang lebih besar kepada bagaimana teknologi seperti kecerdasan buatan(AI) atau pembelajaran mesin (ML) dan blockchain telah membentuk semula perbankan dan kewangan.



Pelajar politeknik tahun akhir akan menyertai perantisan sepenuh masa dengan DBS sehingga 12 bulan, dengan peluang ditempatkan dalam peranan teknikal seperti pembangunan aplikasi, AI/ML, data dan teknologi risiko.



Selepas tamat pengajian program itu, pelajar akan melalui hackathon teknologi sebelum mereka dipertimbangkan untuk penempatan langsung dalam peranan tetap dengan DBS.



Pengetua dan Ketua Eksekutif Politeknik Temasek, Encik Peter Lam, berpendapat bahawa program itu menyediakan peluang yang unik dan penting bagi para pelajar untuk bekerja dan dibimbing oleh kakitangan DBS dalam sekitaran dunia sebenar.



"Mendalami budaya kerja dalam perbankan dan FinTech merupakan cara terbaik bagi para pelajar kita mendalami pemahaman mereka tentang peranan pekerjaan berteknologi dalam industri kewangan," tambah beliau.



Ketua pegawai maklumat kumpulan dan ketua teknologi dan operasi di DBS, Encik Jimmy Ng, juga berharap kerjasama baru itu akan menggalakkan kelahiran lebih banyak perkongsian pendidikan industri - satu langkah yang beliau percaya akan menjadi semakin penting untuk memupuk generasi bakat sedia masa depan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >