Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Debat Belanjawan: Semakan rangka kerja hukuman kesalahan seksual, mencederakan sudah selesai

Feb 25, 2021 | 10:07 PM



SATU semakan rangka kerja hukuman bagi kesalahan seksual dan mencederakan sudah tamat dengan kenyataan menteri mengenai perkara ini akan dibuat pada tarikh yang ditetapkan kelak, kata Menteri Negara (Pembangunan Sosial dan Keluarga), Cik Sun Xueling.



Semakan oleh Kementerian Ehwal Dalam Negeri dan Kementerian Undang-Undang yang diumumkan Julai lalu itu meninjau antara lain sejauh mana latar belakang si pesalah termasuk status pendidikannya harus menjadi faktor relevan dalam menjatuhkan hukuman.



Isu ini timbul selepas orang awam mempersoalkan hukuman yang dijatuhkan kepada siswa pergigian yang cuba mencerut leher bekas temanitanya dan menekan ibu jarinya pada mata wanita itu selepas cintanya ditolak.



Yin Zi Qin, 23 tahun, tidak akan mempunyai rekod jenayah selepas tamat hukumannya yang melibatkan perintah tahanan ringkas selama 12 hari dan 80 jam khidmat kemasyarakatan.



Di sidang Parlimen pada Khamis (25 Februari), Cik Sun berkata peserta dialog yang masih diteruskan bagi menyemak isu wanita telah mengemukakan topik hukuman yang sepatutnya dilaksanakan pada kesalahan seksual dan mencederakan.



"Kami menyedari bahawa apa jua kemajuan yang wanita Singapura catatkan dalam pelbagai bidang, kita mesti terus memberi jaminan pelindungan dan kesejahteraan wanita dan gadis kita terjaga," katanya. 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >