Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dedikasi, pendekatan kreatif raih anugerah cemerlang guru bahasa Melayu

Aug 28, 2022 | 05:30 AM



SEJAK kecil lagi, Cik Siti Hasnizah Hassan, 30 tahun, memang bercita-cita ingin menjadi guru kerana teringatkan guru tadikanya dulu yang meninggalkan kesan positif buatnya.



Kini sudah menjadi guru selama 13 tahun, Cik Hasnizah berkongsi beliau bermula sebagai guru bahasa Inggeris selama 10 tahun sebelum bertukar aliran mengajar bahasa Melayu sejak tiga tahun lalu di peringkat prasekolah.



Cik Hasnizah merupakan salah satu dari tiga penerima Pingat Cemerlang buat guru prasekolah pagi semalam di Simposium Bahasa Ibunda (MTL) ke-11 di Politeknik Republik.



Menurutnya beliau sering menerapkan pembelajaran budaya dan tradisi di dalam kelas bahasa Melayunya.



"Baru-baru ini saya mengajak anak murid saya belajar masak nasi goreng, dan saya dapat rasakan mereka seronok belajar masak makanan Melayu dan kenali bahan-bahan, sambil belajar bahasa."



Kata Cik Hasnizah, penggunaan muzik dan pergerakan juga amat efektif untuk usia semuda itu.



"Kanak-kanak seperti span, apa saja yang kita ajar, mereka dapat ingat dan dapat tangkap dengan cepat."



Namun begitu, Cik Hasnizah turut prihatin tentang pembangunan berbeza anak muridnya dan menggunakan cara-cara yang berlainan untuk memastikan tidak ada murid yang ketinggalan.



"Cara resapan pembelajaran berbeza dari satu murid ke satu murid. Ada yang lebih berkesan dengan visual, yang lain lebih kepada auditori atau kinestetik."



Menyentuh tentang penguasaan bahasa Melayu di kalangan kanak-kanak sekarang, Cikgu Hasnizah berkata:



"Cabaran mengajar kanak-kanak sekarang ialah kurang kefasihan dalam bahasa Melayu akibat kurang penggunaan di rumah. Saya akan mengesyorkan ibu bapa untuk mencuba beberapa cara mengenalkan bahasa Melayu ke dalam perbualan setiap hari."



Tambahnya lagi, sokongan pengetua sekolah dan pusat pendidikan juga penting untuk guru-guru sepertinya menjalankan tugas dan merancang program seharian



"Salah satu cabaran buat cikgu bahasa ibunda, ialah kami tidak mempunyai kelas khas untuk mengajar, tetapi saya tetap dapat berkongsi sumber-sumber seperti poster di laluan kelas untuk mendedahkan murid-murid kepada bahasa Melayu."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >