Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Dekati penduduk melalui berkarya

Prihatin masalah yang dihadapi masyarakat melalui pengalaman tugas di Khidmat Sosial Beyond, asaskan kumpulan persembahan Teater Masyarakat (TCT) bagi ketengahkan isu sosial yang membelenggu golongan keluarga berpendapatan rendah
Aug 31, 2020 | 05:30 AM



SELAMA enam tahun bekerja di Khidmat Sosial Beyond, pertubuhan tidak meraih keuntungan (NPO), Cik Izzaty Ishak melalui banyak pengalaman menangani pelbagai masalah yang dihadapi oleh warga Singapura.



Antara masalah-masalah yang menjadi keprihatinnya ialah isu terhadap remaja yang menetap di rumah-rumah sewa.



Dengan ijazah muda sarjana dalam teater, beliau adalah salah seorang pengasas bagi Teater Masyarakat (TCT) di bawah Khidmat Sosial Beyond.



TCT dimulakan sebagai satu inisiatif yang mengumpul sukarelawan dari pelbagai lapisan masyarakat untuk membuat pertunjukan yang melibatkan penonton merenungkan cabaran sosial yang dihadapi oleh kanak-kanak dan keluarga dari latar belakang berpendapatan rendah, terutama remaja daripada rumah-rumah sewa.



"Di TCT, mereka dapat meluahkan masalah dan kesusahan yang mereka hadapi melalui cara yang kolektif, di mana kami akan berkongsi dan meneroka masalah itu sehingga mereka dapat lihat gambaran yang lebih besar," ujar Cik Izzaty dalam temubual bersama Berita Harian (BH).



Tujuan teater ini adalah bagi mencipta persembahan yang mengaitkan isu sosial yang dihadapi golongan masyarakat yang menetap di rumah sewa.



Umumnya seperti masalah salah guna dadah dan keganasan keluarga.



Cik Izzaty, 29 tahun, cuba menjadikan TCT sebagai satu ruang yang selamat dan selesa bagi sukarelawan mereka meluahkan perasaan dan membincang isu-isu mereka.



Melalui persembahan dengan jalan cerita sebegitu, penonton dengan secara tidak langsung dapat melihat dan diberi kesedaran bahawa masalah sosial seperti itu wujud dalam masyarakat.



Terdapat lebih kurang 15 sukarelawan dalam kumpulan TCT dan persahabatan mereka akrab justeru mereka juga menjadi tiang kekuatan antara sesama.



Pada tahun ini, TCT menyambut ulang tahun mereka yang kelima.



Namun, disebabkan virus Covid-19, mereka tidak dapat membuat persembahan seperti tahun-tahun sebelumnya.



Justeru, mereka akan menunjukkan rakaman persembahan mereka tahun lepas di Esplanade - bertajuk The Block Party. Persembahan itu disiarkan selama seminggu daripada 22 Ogos hingga 28 Ogos dan sesi perbincangan diadakan pada Sabtu lalu.



Satu lagi acara interaktif yang dinamakan The Human Library (Perpustakaan Manusia) di mana masyarakat boleh turut serta untuk memilih dua antara lima buku (dalam talian) dan hadiri sesi Zoom bersama para sukarelawan TCT pula diadakan pada Selasa lalu.



Acara terakhir ialah sesi membaca skrip pada Khamis lalu dengan para sukarelawan membaca abstrak dari skrip asal Something in the Air.



Dengan semua dilakukan secara dalam talian sekarang, Cik Izzaty akui bahawa terdapat kelemahan dengan wadah ini.



Beliau bimbang sukarelawan tidak mempunyai persekitaran yang tenteram ataupun tidak dapat bersendirian.



Selalunya, perhimpunan TCT menjadi tempat mereka menceritakan masalah dan menerima sokongan antara sesama secara fizikal.



Oleh itu, Cik Izzaty telah meluangkan setiap hari Jumaat untuk sukarelawan bertemunya dalam talian dan meluahkan masalah mereka, jika ada.



Beliau juga memastikan untuk meraikan hari jadi sukarelawan yang terjatuh pada fasa pemutus litar dan fasa dua dalam talian juga.



Cik Izzaty harap agar budaya percakapan dan perbualan dapat bersikap lebih ramah dan murah hati apabila timbulnya topik-topik yang lebih sukar.



"Saya harap kita dapat mencari jalan yang lebih baik untuk perbincangan mengenai isu-isu sosial tanpa tanggapan negatif," kata Cik Izzaty.



Memandang ke hadapan, Cik Izzaty berharap untuk terus membantu dan berkarya bagi mencapai impiannya.




“Di TCT, mereka dapat meluahkan masalah dan kesusahan yang mereka hadapi melalui cara yang kolektif, di mana kami akan bentang dan meneroka masalah itu sehingga mereka dapat lihat gambaran yang lebih besar... Saya harap kita dapat mencari jalan yang lebih baik untuk perbincangan mengenai isu-isu sosial tanpa penganggapan negatif.”
– Cik Izzaty Ishak.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >