Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

'Demam' Pikachu tidak sehangat tarikan mainan McDonald's lain

Sep 08, 2022 | 06:07 PM



KEGILAAN orang ramai yang beratur semalaman setiap kali McDonald’s mengeluarkan permainan edisi terhad baru tidak dilihat di cawangan restoran makanan segera itu hari ini (8 September) apabila mereka melancarkan bekas berbentuk Pikachu.



Di sesetengah cawangan, orang ramai dilihat beratur sekitar setengah jam hingga sejam sebelum bekas Pikachu itu dilancarkan pada 11 pagi namun mereka tidak perlu beratur panjang.



Ini meskipun kakitangan McDonald’s telah mempersiap ruang menunggu seawal dua jam sebelum waktu pelancaran itu.



Jurucakap McDonald’s Singapura sebelum ini berkata sistem tiket beratur mereka itu bertujuan membantu menangani kesesakan.



“Tiket itu akan membantu kami menangani dan menasihatkan berapa banyak bekas yang tinggal untuk dijual,” ujarnya.



Sebelum ini, pelancaran beberapa permainan dan bekas edisi terhad McDonald’s telah menyebabkan kegilaan dalam kalangan orang ramai yang sanggup beratur panjang, malah hingga semalaman.



Pada 2000 misalnya, McDonald’s melancarkan patung pengantin Hello Kitty dan Dear Daniel yang mencetuskan ‘demam’ Hello Kitty, dengan ramai orang beratur panjang hingga ada yang pengsan dan ada yang diberkas kerana berkelakuan tidak terkawal.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >