Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KENAIKAN KADAR CUKAI SETEM PEMBELI TAMBAHAN (ABSD)

Demi utamakan warga S'pura, sekat pelaburan: Desmond

Apr 28, 2023 | 05:30 AM



KENAIKAN kadar cukai setem pembeli tambahan (ABSD) bertujuan menyekat permintaan pelaburan dan mengutamakan rakyat Singapura yang mahu membeli rumah untuk didiami, kata Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee.



Encik Lee juga menarik perhatian tentang amaran terkini Penguasa Kewangan Singapura (MAS) mengenai kesan ketidaktentuan ekonomi makro global yang meningkat terhadap prospek pertumbuhan Singapura di tengah-tengah kadar faedah lebih tinggi dan penyusunan semula rantaian bekalan dalam menghadapi ketegangan perdagangan Amerika Syarikat dan China.



Dalam satu kenyataan bersama pada Rabu, Kementerian Kewangan (MOF), Kementerian Pembangunan Negara (MND) dan MAS berkata kadar ABSD bagi warga asing yang membeli mana-mana hartanah kediaman akan dinaikkan daripada 30 peratus kepada 60 peratus, iaitu kadar peningkatan tertinggi.



Kadar itu akan dinaikkan daripada 17 peratus kepada 20 peratus bagi warga Singapura yang membeli hartanah kediaman kedua mereka, dan daripada 25 peratus kepada 30 peratus bagi mereka yang membeli hartanah ketiga dan seterusnya.



Penduduk tetap (PR) Singapura yang membeli hartanah kediaman kedua akan menyaksikan kadar meningkat daripada 25 peratus kepada 30 peratus, dan daripada 30 peratus kepada 35 peratus untuk hartanah ketiga dan seterusnya.



Bercakap kepada wartawan pada Khamis, Encik Lee menjelaskan walaupun terdapat tanda yang harga hartanah privet akan berada pada tahap sederhana pada suku keempat 2022, harga melonjak sebanyak 3.3 peratus pada suku pertama 2023 disebabkan permintaan setempat yang terus kukuh dan minat pelaburan tempatan dan asing yang bertambah pulih.



"Dalam pusingan langkah berkaitan hartanah yang berturut-turut, anda telah melihat pelaburan asing sebagai bahagian urus niaga hartanah jatuh daripada kira-kira 20 peratus pada 2011, kepada sekitar 3 hingga 4 peratus sejak beberapa tahun kebelakangan ini.



"Purata dari 2017 hingga 2019 adalah sekitar 6 peratus," ujar Encik Lee.



Tetapi minat daripada warga asing telah meningkat, tambah beliau sambil menukil contoh bagaimana pembelian hartanah kediaman oleh warga asing, membentuk sekitar 7 peratus daripada semua urus niaga pada suku pertama 2023.



"Minat warga asing dalam hartanah kediaman di Singapura, sebagai kelas aset, terus kukuh.



"Oleh itu, jika kita tidak mengambil langkah pencegahan awal, kita mungkin melihat jumlah pelaburan oleh rakyat tempatan dan warga asing meningkat, dan itu akan menambah tekanan kepada rakyat Singapura yang ingin membeli hartanah kediaman, terutamanya untuk didiami sendiri," kata Encik Lee.



Apabila ditanya mengapa kenaikan kadar bagi warga asing jauh lebih tinggi berbanding rakyat setempat, Encik Lee berkata pemerintah perlu "menentukur kadar ABSD untuk mempunyai langkah sekatan berkesan terhadap pelaburan dari luar negara".



Beliau menambah memandangkan rakyat Singapura dan PR sangat sensitif terhadap perubahan dalam ABSD, maka kadar kenaikan antara 3 peratus dengan 5 peratus seharusnya mencukupi bagi menyekat permintaan pelaburan daripada golongan itu.



Berdasarkan data 2022, kenaikan kadar ABSD akan menjejas kira-kira 10 peratus daripada semua urus niaga hartanah kediaman privet, melibatkan pelabur asing serta mereka yang membeli hartanah kedua dan seterusnya.



Menurut Encik Lee, walaupun hanya 10 peratus, tetapi adalah perlu memastikan perangkaan itu tidak meningkat dengan signifikan.



"Kami mengambil langkah bertahap bagi memastikan pasaran hartanah kekal berdaya tahan di tengah-tengah ketidaktentuan ekonomi yang signifikan serta kadar faedah tinggi.



"Ia adalah berbeza daripada selepas krisis kewangan sejagat di mana berlakunya pemulihan berbentuk-V, pasaran hartanah amat cergas dan kadar faedah berada di paras terendah.



"Keadaan yang dihadapi sekarang amat berbeza," tambahnya.



Laporan lanjut: Kenaikan cukai setem tambahan bertujuan redakan permintaan pelaburan dalam rumah privet: Pengamat




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >