Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Denda $35,000 ke atas Raeesah kerana berbohong dan ulangi pembohongan

Feb 11, 2022 | 05:30 AM



DENDA $35,000 yang disarankan dikenakan kepada mantan Anggota Parlimen (AP) Parti Pekerja (WP), Cik Raeesah Khan, merupakan gabungan dua denda.



Ini termasuk $25,000 bagi pembohongan yang dinyatakan di Parlimen pada 3 Ogos lalu, di mana beliau perlu "mengambil tanggungjawab sepenuhnya", dan denda $10,000 kerana mengulangi pembohongan itu pada 4 Oktober lalu.



Jumlah denda kedua yang lebih rendah itu mengambil kira "faktor peringanan yang besar" bahawa Cik Raeesah telah bertindak atas arahan pihak kepimpinan WP selepas 8 Ogos, kata Jawatankuasa Hak Istimewa yang menyiasat aduan dibuat terhadap Cik Raeesah kerana berbohong di Parlimen dalam laporannya yang dikeluarkan semalam.



Dalam bahas mengenai usulan memperkasa wanita di Parlimen pada 3 Ogos lalu, Cik Raeesah telah berkongsi tentang pengalamannya menemani seorang mangsa rogol berusia 25 tahun ke balai polis, dan pegawai polis yang mewawancara mangsa dikatakan membuat komen tidak sesuai mengenai pakaiannya dan bahawa beliau minum arak.



Pada 7 Ogos, beliau memberitahu ketua WP, Encik Pritam Singh, bahawa apa yang dinyatakan di Parlimen itu adalah satu pembohongan. Keesokannya pada 8 Ogos, beliau mengaku kepada Encik Pritam dan dua lagi pemimpin WP - Cik Sylvia Lim dan Encik Faisal Manap - bahawa beliau telah berbohong di Parlimen.



Menurut kesimpulan jawatankuasa itu dalam laporannya, Cik Raeesah diberitahu untuk meneruskan pembohongannya itu, dan jika tidak didesak, untuk "mengekalkan naratif yang beliau mulakan pada Ogos".



Jawatankuasa itu menyarankan denda pertama berjumlah $25,000 dikenakan terhadap Cik Raeesah bagi pembohongan yang dinyatakan pada 3 Ogos, dan diulangi dalam satu penjelasan pada hari yang sama.



"Pada ketika ini, hanya Cik Khan sahaja yang tahu bahawa apa yang beliau nyatakan adalah tidak benar.



"Oleh itu, beliau mesti mengambil tanggungjawab sepenuhnya bagi pembohongan pada 3 Ogos (dua kali)," menurut laporan itu.



Bagi pembohongan yang diulangi pada 4 Oktober pula, jawatankuasa itu menyarankan denda berjumlah $10,000 - lebih rendah setelah mengambil kira bahawa mulai 8 Ogos, Cik Raeesah telah bertindak atas bimbingan tiga pemimpin kanan WP itu untuk menyembunyikan perkara sebenar.



"Pada 3 Oktober, beliau dibimbing oleh Encik Pritam supaya meneruskan pembohongan itu dan bahawa beliau tidak akan dihakimi, dan itulah sebabnya beliau mengulangi pembohongan itu di Parlimen pada 4 Oktober.



"Apabila dinasihatkan supaya memberitahu perkara sebenar pada 12 Oktober, beliau terus berbuat demikian di sidang Parlimen seterusnya. Jawatankuasa menerima perkara itu sebagai faktor peringanan yang besar, untuk diambil kira apabila mempertimbangkan hukuman wajar untuk dikenakan berhubung pembohongan pada 4 Oktober," kata jawatankuasa itu dalam laporannya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >