Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Denda buat 117 orang kerana langgar undang-undang Covid-19 sejak mula Fasa 3; Hotel Orchard diarah gantung tempahan bilik

Jun 25, 2021 | 12:53 PM



LEBIH 100 orang dikenakan denda kerana melanggar undang-undang pengurusan selamat di taman dan pantai sejak bermulanya Fasa 3 (Kewaspadaan Dipertingkat) yang bermula pada 14 Jun.



Kementerian Kemampanan dan Sekitaran (MSE), dalam satu kenyataan pada Jumaat (25 Jun) berkata, 117 orang telah didenda kerana melanggar undang-undang seperti tidak menggunakan pelitup apabila tidak dalam keadaan bersenam dan berhimpun dalam kumpulan yang lebih besar daripada saiz yang dibenarkan.



Dalam satu peristiwa, sekumpulan 17 orang ditangkap kerana berhimpun di Taman Pantai Changi dan satu lagi kumpulan 13 orang ditangkap kerana berhimpun di  Taman East Coast.



MSE berkata sekitar 1,800 surat makluman telah dikeluarkan kerana pelanggaran peraturan ini.



Sementara itu, Hotel Orchard telah dikenakan denda selepas pegawai penguatkuasa Lembaga Pelancongan Singapura menemui 11 orang berhimpun dalam sebuah bilik hotel bagi sambutan hari lahir pada 6 Februari.



Hotel itu didenda $1,000 dan diarahkan agar menggantung tempahan bilik selama 30 hari sejak Jumaat hingga 24 Julai.



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >