Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Denda lebih berat bagi pemandu langgar peraturan lalu lintas zon warga emas, sekolah

Jun 29, 2021 | 05:30 AM



MULAI Khamis ini, pemandu yang melanggar peraturan lalu lintas di zon warga emas (Silver Zones) dan zon sekolah akan dikenakan denda kompaun lebih tinggi dan mata demerit tambahan.



Ini demi melindungi pejalan kaki warga emas dan memperkukuh pencegahan tingkah laku memandu secara tidak bertanggungjawab di zon warga emas serta mempertingkat keselamatan jalan raya bagi pelajar, umum Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) dalam satu kenyataan semalam.



Pemandu yang tidak memperlahankan kenderaan atau tidak memberi laluan apabila mendekati lalu lintas pejalan kaki, seperti persimpangan berisyarat di zon warga emas atau zon sekolah, akan dikenakan mata demerit tambahan dan denda kompaun lebih tinggi.



Mata demerit tambahan dan denda kompaun lebih tinggi juga akan dikenakan kepada pemandu yang melakukan kesalahan berkaitan tingkah laku memandu, seperti memandu secara laju dan memandu melanggar aliran trafik.



Pemandu akan dikenakan dua mata demerit tambahan bagi setiap kesalahan lalu lintas tertentu di bawah kategori itu.



MHA juga akan meningkatkan denda kompaun bagi kesalahan lalu lintas tertentu yang dilakukan di zon warga emas dan zon sekolah sebanyak $100.



Misalnya, pemandu yang tidak memberi laluan kepada pejalan kaki, penunggang basikal, pengguna kenderaan mobiliti atau pengguna alat mobiliti peribadi (PMD) di lalu lintas pejalan kaki semasa belok akan dikenakan enam mata demerit jika ia berlaku di luar zon sekolah dan zon warga emas.



Namun, jika ia berlaku dalam dua zon itu, pemandu akan dikenakan dua mata demerit tambahan, iaitu lapan mata demerit.



Denda kompaun bagi kesalahan yang dikenakan enam mata demerit, seperti melanggar aliran lalu lintas, contohnya, akan meningkat daripada $200 kepada $300 bagi kenderaan ringan dan $250 kepada $350 bagi kenderaan berat jika ia berlaku dalam dua zon itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >