Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

LAPORAN JAWATANKUASA HAK ISTIMEWA PARLIMEN (COP)

Dennis Tan 'lebih cenderung' keterangan Ketua Pembangkang berbanding Raeesah

Feb 12, 2022 | 05:30 AM



SATU-SATUNYA Anggota Parlimen (AP) pembangkang dalam Jawatankuasa Hak Istimewa (COP) Parlimen berhubung siasatan ke atas mantan AP, Cik Raeesah Khan, menyatakan beliau lebih cenderung kepada keterangan Ketua Pembangkang, Encik Pritam Singh, kepada COP berbanding keterangan Cik Raeesah.



Ini kerana AP Hougang itu, Encik Dennis Tan, berkata beliau "tidak percaya" bahawa Encik Pritam "akan membuat rancangan untuk menyimpan sebarang kenyataan sehingga ke liang lahad".



Beliau juga mendapati adalah sukar dipercayai bahawa pemimpin kanan Parti Pekerja (WP) akan berfikir bahawa mereka boleh menutup sebarang pembohongan sedangkan mereka tahu polis mempunyai sumber untuk mencari kebenaran.



Encik Tan, dalam laporan itu, berpendapat bahawa satu-satunya kesalahan Encik Pritam dalam insiden itu adalah beliau sepatutnya mendesak Cik Raeesah membuat persiapan dan mengakui pembohongan itu di Parlimen lebih awal.



Encik Tan berkata setelah mendengar semua bukti, Encik Pritam tidak sengaja berniat untuk menyembunyikan pembohongan itu.



Selain itu, Encik Tan juga berkata beliau "tidak begitu bersetuju" dengan keterangan yang diberi anggota kader WP, Cik Loh Pei Ying dan Encik Yudhishthra Nathan, kerana mereka "terlalu rapat" dengan Cik Raeesah.



Encik Tan menjelaskan beliau menerima dan lebih cenderung kepada bukti Encik Pritam daripada bukti Cik Loh dan Encik Nathan, walaupun beliau juga tidak menuduh mereka berdua berbohong.



Atas sebab itu, beliau tidak bersetuju dengan semua dapatan laporan COP yang dikeluarkan kelmarin dan mengundi menentang versi akhir laporan itu semasa mesyuarat terbaru COP Selasa lalu.



Beliau juga telah mengundi untuk tidak menyiarkan rakaman video perbicaraan yang diadakan pada Disember lalu dan enam laporan khas sebelum ini yang meringkaskan keterangan yang diberi pelbagai pihak.



Selain itu, Encik Tan juga menuntut denda lebih tinggi dikenakan ke atas Cik Raeesah daripada jumlah denda yang disyorkan COP.



Dalam laporannya, jawatankuasa itu mendapati Cik Raeesah bersalah kerana menyalahgunakan keistimewaan selepas beliau berbohong kepada Parlimen beberapa kali, dan mengesyorkan beliau didenda sejumlah $35,000.



Jawatankuasa itu mengesyorkan denda $25,000 bagi dua pembohongan pertama Cik Raeesah pada 3 Ogos, kerana beliau adalah satu-satunya orang pada masa itu yang tahu beliau telah mengatakan perkara yang tidak benar dan memikul tanggungjawab penuh atas tindakannya.



Ia juga mengesyorkan denda berkurangan sebanyak $10,000 bagi pengulangan pembohongan Cik Raeesah pada 4 Oktober.



Pada masa itu, beliau telah mengakui pembohongan kepada tiga pemimpin kanan WP - iaitu ketua parti Encik Pritam; pengerusi Cik Sylvia Lim; dan naib pengerusi Encik Faisal Manap - dan bertindak di bawah bimbingan mereka.



Encik Tan tidak bersetuju dengan perkara itu dan meminta denda $15,000 bagi pembohongan berulang Cik Raeesah, kerana beliau berpendapat tiada faktor untuk mengurangkan denda itu.



Encik Tan berkata ia akan menjadi perkara tidak baik untuk memberikan seseorang beberapa bentuk kelonggaran "selagi mereka pergi dan memberitahu ketua parti mengenainya", kata laporan itu.



Jika begitu, AP boleh menyalahkan pemimpin mereka kerana kekurangan respons atau respons yang perlahan, ujarnya.



Encik Tan juga berkata adalah tidak relevan sama ada Cik Raeesah diarahkan pemimpin WP untuk berbohong atau tidak, kerana kemasukan faktor itu akan menggalak AP muda untuk "pergi kepada seorang pemimpin" untuk mendapatkan nasihat pada masa hadapan dan kemudian melepaskan diri mereka daripada sebarang tanggungjawab.



Walaupun jika pemimpin WP memberitahu Cik Raeesah untuk berbohong, tanggungjawab seharusnya terletak pada Cik Raeesah untuk tidak bersetuju dengan mereka dan bertegas untuk tampil memberitahu yang benar, kata Encik Tan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >