Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dera gadis kurang daya intelek secara seksual: Bekas pengurus PA dijel 18 tahun

Oct 31, 2023 | 08:18 PM



Seorang bekas pengurus rangkaian penduduk di bawah Persatuan Rakyat (PA) yang melakukan penderaan seks terhadap seorang gadis kurang daya intelek berusia 15 tahun dijatuhi hukuman penjara 18 tahun pada Selasa.

Dia melakukan kesalahan itu selepas mengenali keluarga gadis itu melalui kedudukannya.

Lelaki berusia 64 tahun itu mengaku bersalah pada September atas tiga pertuduhan mengambil kesempatan melalukan penetrasi seksual ke atas gadis bawah umur itu sebanyak tiga kali antara 5 dengan 20 Disember 2021.

Dia telah membawa gadis itu keluar dan mengajaknya memasang poster di kawasan kejiranan.

Selepas itu, dia membawa gadis itu ke pejabatnya, di mana dia mencabulnya dan mengambil gambar gadis itu dalam keadaan bogel.

Mangsa seorang pelajar di sekolah berkeperluan khas dan mempunyai IQ 66. Purata IQ kanak-kanak ialah 100.

Hukuman itu termasuk penjara setahun sebagai ganti hukuman rotan. Lelaki itu tidak boleh dirotan kerana berusia lebih 50 tahun.

Dia juga tidak boleh dinamakan atas perintah mahkamah untuk melindungi identiti mangsa.

Sebanyak 15 lagi pertuduhan, termasuk tiga kerana menghasilkan bahan penderaan kanak-kanak dan dua lagi kerana menghalang proses keadilan, diambil dalam pertimbangan ketika hukuman dijatuhkan.

Semasa menjatuhkan hukuman, Hakim Mahkamah Tinggi Mavis Chionh berkata lelaki itu secara khusus menyasarkan mangsa kerana tahu mangsa lemah dan kurang daya intelek, serta belajar pada kadar lebih lambat, berbanding adik perempuannya.

Hakim berkata terdapat bukti perancangan awal kerana lelaki itu mengambil langkah menghalang pengawasan kamera di pejabatnya sebelum melakukan kesalahan itu.

Cik Chionh menambah lelaki itu menggunakan kedudukannya sebagai peluang untuk meminta kebenaran daripada nenek saudara gadis itu untuk membawa gadis itu keluar.

Selepas itu, dia mengambil langkah untuk meredakan sebarang kebimbangan dengan menghantar gambar kegiatan gadis itu kepada nenek saudaranya.

Hakim berkata tindakan lelaki itu telah menyebabkan kemudaratan teruk kepada gadis itu dan hubungannya dengan keluarga.

Akibat kejadian itu, gadis itu sukar tidur, asyik menangis, mempunyai idea untuk bunuh diri, selain terlibat dalam mencederakan diri sendiri.

Gadis itu juga menyalahkan dirinya atas apa yang berlaku, dan berasa takut dengan nenek saudaranya, yang pada mulanya menyalahkan mangsa atas kejadian itu.


Rangkaian penduduk ialah sebuah pertubuhan akar umbi di bawah PA yang antara lain bertujuan menggalak perpaduan sosial di kalangan penduduk.


Lelaki itu mengenali keluarga mangsa, yang dikenal pasti sebagai keluarga yang memerlukan bantuan kewangan pada 2015.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >