Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Mahkamah bukan tempat teraju perubahan sosial: Ketua Hakim

Sep 22, 2023 | 07:24 PM



Mahkamah bukanlah tempat bagi peneraju perubahan sosial atau mengolah dasar masyarakat.

Ini sungguhpun ada yang barangkali ingin melihat badan kehakiman lebih proaktif menerajui perubahan dengan mengambil pendirian dalam isu-isu kemasyarakatan.

Demikian dinyatakan Ketua Hakim Sundaresh Menon pada Khamis (22 Sep) semasa berucap di Universiti Pengurusan Singapura (SMU) dalam salah satu daripada tujuh perbincangan antara badan kehakiman dan masyarakat.

Acara itu akan turut diadakan oleh fakulti undang-undang Universiti Nasional Singapura (NUS) dan Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS).

Dalam ucaptamanya mengenai peranan mahkamah, Ketua Hakim Menon merujuk kepada cabaran perlembagaan terhadap Seksyen 377A Kanun Keseksaan – undang-undang era kolonial yang mana ia adalah satu kesalahan bagi mengadakan hubungan seks antara lelaki.

Undang-undang itu telah dimansuhkan oleh Parlimen pada November 2022 selepas perdebatan sengit.

Menukil laporan The Straits Times, beliau memetik kes itu sebagai contoh apabila mahkamah di Singapura enggan mewujudkan hak dengan begitu sahaja apabila ia tidak boleh didapati dalam teks Perlembagaan, sama ada secara nyata atau tersirat berdasarkan peruntukan lain.


Pada Februari 2022, Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa hak untuk menyatakan identiti seksual seseorang bukanlah hak yang dilindungi di bawah Artikel 9 Perlembagaan – iaitu mengabadikan hak untuk hidup dan kebebasan peribadi.

“Peranan Mahkamah adalah untuk menyatakan undang-undang itu dan menggunakan undang-undang itu pada fakta setiap kes yang dihadapkan – bukan mengikut apa yang pihak berkepentingan atau kumpulan berkepentingan tertentu dalam masyarakat mungkin inginkan bagi undang-undang itu, atau mengikut kecenderungan peribadi Hakim,” kata Ketua Hakim Menon.

Beliau menjelaskan, adalah penting mengekalkan kewibawaan dan keabsahan badan kehakiman dan kuasa kehakiman untuk menafsir dan melaksana undang-undang yang digunakan secara bertanggungjawab, saksama dan dengan cara yang berprinsip dalam setiap kes.

Beliau berkata oleh kerana mahkamah tidak masuk campur aspek kontroversi sosial dan politik, ia dapat terus berfungsi sebagai “kuasa penstabil utama dalam masyarakat” dengan mengekalkan penerimaan umum secara meluas terhadap status mahkamah sebagai “penimbang tara dan pengadil masyarakat yang sah”.

“Keyakinan masyarakat umum terhadap kedaulatan undang-undang – bukannya kedaulatan mahkamah – adalah perkara yang harus kita laksanakan,” jelasnya.

Ketua Hakim Menon membezakan pendekatan Singapura dengan perkembangan undang-undang Amerika Syarikat berkenaan hak menggugurkan kandungan.

Dalam kes terkenal Roe v Wade pada 1973, Mahkamah Agung Amerika memutuskan bahawa Pindaan Ke-14 Perlembagaan Amerika mengandungi “hak bagi privasi” yang melindungi hak wanita hamil yang memilih untuk menggugurkan kandungan.


Beliau memetik kajian pakar perundangan Amerika, Cik Ruth Bader Ginsburg, yang berkata keputusan itu menyimpang jauh dan kelihatan telah mencetuskan konflik.

Ini kerana ia telah menjadi penggerak hak untuk hidup dan reaksi daripada Kongres dan badan perundangan negeri untuk menyekat keputusan itu.

Mahkamah Agung Amerika pada 2022 menolak Roe dan berpendapat Pindaan Ke-14 tidak melindungi hak menggugurkan kandungan.

Oleh itu, Ketua Hakim Menon berkata mengeluarkan isu-isu kepentingan awam dan moral daripada arena politik serta meletakkannya ke dalam bidang kehakiman menghalang perubahan demokrasi dan membawa kepada polarisasi atau pemecahan masyarakat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >