Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dialog BH sorot soal kebajikan atlet tempatan

Oct 23, 2023 | 04:58 PM



Atlet-atlet Singapura, yang berusaha mengharumkan nama negara, berkongsi pelbagai hal menyentuh pengorbanan dan dilema yang mereka hadapi semasa sesi dialog anjuran Berita Harian (BH) di Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI) pada 20 Oktober.


Acara itu menampilkan tokoh-tokoh sukan terkemuka seperti pemain bola sepak legenda Singapura, Encik Baihakki Khaizan; anggota Taekwondo Singapura, Cik Diyanah Aqidah, bersama-sama atlet lain yang cemerlang.

Perbincangan ini memberi penerangan tentang pelbagai cabaran yang dihadapi oleh atlet dalam mengejar kecemerlangan.

Perkhidmatan Negara (NS) merupakan perkara utama yang menjadi perhatian ramai, dengan atlet menyatakan kerahan wajib itu boleh mengganggu kemajuan dan latihan mereka.

Ramai atlet menekankan keperluan untuk lebih fleksibiliti dalam menyesuaikan jadual latihan mereka dalam rangka kerja kewajipan NS.

“Bagi kelab-kelab di Liga Perdana England (EPL), mereka sedang menandatangani pemain yang berusia 16 hingga 18 tahun. Namun untuk kami, pemain 16 hingga 18 tahun akan menghadapi perkhidmatan negara. Adakah ini menghalang kemajuan kita? Saya rasa ya,” kongsi Encik Baihakki, wakil daripada Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS), semasa dialog itu.

Kebimbangan ini juga dirasakan oleh pesilat tempatan kita, Encik Dhani Andika Razali dan Encik Muhammad Nurshahfareeq Sharudin.

Mereka turut berkongsi bahawa perkhidmatan negara menjejas perkembangan mereka, kerana mereka harus hentikan latihan seharian mereka dan apabila kembali, mereka harus bermula di ‘garisan mula’ sekali lagi.

Tambahan pula, peserta dialog tersebut membincangkan keperluan untuk memperbaiki inisiatif yang sedia ada, seperti program Biasiswa Spex.

Peningkatan kepada struktur program ini dianggap penting dalam menyediakan sokongan yang diperlukan kepada atlet, memastikan mereka mempunyai sumber yang diperlukan untuk cemerlang dalam bidang masing-masing, tanpa menambahkan tekanan kepada diri mereka.

Cadangan penting yang dikemukakan semasa dialog itu ialah pelaksanaan gaji progresif untuk atlet Singapura.

Pendekatan ini boleh membantu menangani beberapa cabaran kewangan yang dihadapi oleh ahli sukan dalam mengejar kecemerlangan sukan.

“Kita boleh cuba untuk mengadakannya kepada atlet-atlet yang baru bermula dan diikuti oleh bimbingan dan pengurusan kewangan mereka,” cadang Mayor Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) South East, Encik Fahmi Aliman, yang turut hadir.

Pembiayaan, atau kekurangan dana bagi atlet, juga merupakan topik utama perbincangan.

Ketersediaan sumber kewangan untuk menyokong atlet dalam latihan dan pertandingan kekal menjadi kebimbangan utama.

Para peserta menekankan kepentingan mendapatkan pembiayaan yang konsisten dan mencukupi untuk membolehkan atlet mencapai potensi penuh mereka.

Urus setia Majlis Paralimpik Kebangsaan Singapura (SNPC), Cik Marya Malek, juga berkongsi sokongan kewangan ini bukan sahaja akan memotivasikan atlet, tetapi meyakinkan ibu bapa mereka untuk menyokong mereka.

Bagi mereka yang hadir, dialog BH menjadi wadah untuk atlet menyuarakan kebimbangan, dilema dan aspirasi mereka.

Ia menyerlahkan pengorbanan besar yang dilakukan oleh atlet untuk mewakili negara mereka di pentas antarabangsa dan menekankan keperluan mendesak untuk struktur sokongan yang lebih teguh bagi membolehkan mereka mencapai matlamat mereka.

“Apa yang saya kongsikan sebenarnya juga dirasa oleh kebanyakan atlet dan persekutuan yang lain. Saya harap apa yang dikongsi dalam dialog ini dapat dikemukakan kepada pihak yang membuat keputusan,” kata Cik Diyanah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >