Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dialog kongsi manfaat Belanjawan 2020

Mar 02, 2020 | 05:30 AM



SEKITAR 180 penduduk dan sukarelawan akar umbi Bedok meraih pemahaman lebih menyeluruh mengenai Belanjawan 2020, yang dibentangkan Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat baru-baru ini, dalam satu sesi dialog pos Belajanwan pagi semalam.



Selama hampir empat jam, sesi yang dinamakan Bincang Belanja dan Belanjawan 2020 Bersama Ustaz Zahid Zin, Suhaimi Yusof dan Dr Maliki itu bertujuan mendekati penduduk masyarakat Melayu-Islam bagi membincangkan topik perbelanjaan dan Belanjawan 2020.



Sesi dialog tahunan itu dianjurkan oleh Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) East Coast GRC dan Fengshan SMC, dan disokong M3 @Bedok.



Tahun ini, ia dikendalikan sedikit berbeza di mana para peserta tidak hanya dimaklumkan mengenai pakej-pakej kewangan dalam Belajanwan 2020, malah diajak sama memikirkan tentang perbelajaan isi rumah masing-masing.



Ini termasuk melakukan latihan menyenaraikan pendapatan dan perbelanjaan tahunan mereka secara terperinci bagi melihat sendiri anggaran belanjawan masing-masing.



"Ini adalah satu eksperimen kami kerana saban tahun apabila kami mengadakan sesi sedemikian, ramai yang mungkin kurang faham tentang kaitan langsung belanjawan negara dengan prinsip belanjawan mereka sendiri," kata Menteri Negara Kanan (Ehwal Luar merangkap Pertahanan), Dr Mohd Maliki Osman, antara tiga panel yang diundang bagi sesi itu,



"Saya berharap pendekatan ini akan memberi mereka perspektif yang agak berlainan sedikit, membuka mata mereka, meningkat kesedaran mereka bahawa belanjawan negara ada kaitan dengan diri mereka."



Selain daripada penerangan Belanjawan 2020 yang diberikan Dr Mohd Maliki, Ustaz Zahid Zin turut diundang untuk menyampaikan pendidikan mengenai belanjawan dari sudut agama.



Ini merupakan julung kalinya para asatizah seperti Ustaz Zahid melibatkan diri dalam sesi dialog belanjawan negara sebegini.



Menyentuh mengenai peranan asatizah dalam acara berunsurkan pembangunan negara, Ustaz Zahid berkata:



"Ia adalah sebahagian daripada perancangan asatizah masa depan bahawa asatizah juga turut sama menyumbang bukan sahaja kepada kemakmuran kerohanian tetapi kemakmuran negara... supaya dapat menyumbang kepada pembangunan negara kita."



Dialog itu diakhiri dengan sesi soal jawab.



Salah seorang peserta, Cik Amraini Yaakob, 55 tahun, yang pernah menghadiri sesi dialog pos Belanjawan tahun lalu, menyambut baik sesi yang diadakan kali ini.



"Sejujurnya, sesi dialog tahun ini berikan saya maklumat yang lebih jelas tentang pakej-pakej dalam belanjawan negara. Ini akan membantu saya berkongsi maklumat ini dengan dengan lebih jelas bersama orang-orang di sekeliling saya," kata ibu tunggal empat anak itu.



Sekitar dialog serta foto-foto lain boleh didapatkan di BeritaHarian.SG




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >