Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dialog Troika Asean-UK bincang pemulihan pasca-Covid-19

Apr 10, 2021 | 05:30 AM



MENTERI Ehwal Luar Vivian Balakrishnan membincangkan kerjasama masa depan sebagai sebahagian pemulihan pascapandemik Covid-19 bersama rakan sejawatannya dari Asean dan United Kingdom semasa satu dialog persidangan video kelmarin.

Dialog Asean-UK Troika itu dipengerusi Menteri Kedua Ehwal Luar Brunei Erywan Pehin Yusof, sementara UK diwakili Setiausaha Ehwal Luar Dominic Raab, menurut Kementerian Ehwal Luar (MFA) dalam satu kenyataan media.

Dr Balakrishnan dan menteri ehwal luar lain itu turut membincangkan cara ke arah menyambung perjalanan selamat, lapor The Straits Times.

Dialog itu diadakan ekoran satu Mesyuarat Dalam Talian Troika antara menteri ehwal luar Asean dan setiausaha ehwal luar British bagi membincangkan pandemik Covid-19 pada 30 September tahun lalu.

Peserta dialog kelmarin juga berkongsi rancangan vaksinasi nasional negara masing-masing dan menegaskan komitmen mereka terhadap pemulihan ekonomi pascapandemik.

Dr Balakrishnan mengalu-alukan pelantikan UK sebagai presiden Persidangan Peserta ke-26 (COP-26), dan berkata beliau menantikan kerjasama lebih lanjut dengan UK berkaitan perubahan iklim.

COP-26 singkatan bagi Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2021, yang dijadualkan berlangsung dari 1 hingga 21 November tahun ini.

Dr Balakrishnan juga menekankan sokongan utuh dan konsisten Singapura terhadap pelibatan berterusan UK dalam Asean setelah Brexit, termasuk permohonan UK bagi Kerjasama Dialog Asean.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >