Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Diiktiraf latih jurutera, teknisyen kendali kenderaan SAF

Apr 17, 2021 | 05:30 AM



SEJAK muda lagi, beliau mempunyai minat memasang dan memperbaiki kenderaan dan alat elektronik.



Namun tidak disangka, setelah hampir 26 tahun berkhidmat dalam Angkatan Bersenjata Singapura (SAF), cita-cita Pakar Ketenteraan Tiga (ME3) Mohammad Khalid Ahmad untuk menjadi seorang mekanik telah membolehkannya bekerja di luar negara dan menjadi ahli pasukan teras bagi melancarkan kenderaan baru SAF.



Malah, beliau diberi tanggungjawab untuk melatih jurutera dan teknisyen SAF bagi mengendalikan kenderaan-kenderaan SAF itu.



Jurulatih di Institut Latihan Kejuruteraan Kelengkapan (OETI) berusia 43 tahun itu menerima Pingat Berkebolehan yang mengiktiraf pegawai yang menunjukkan kebolehan cemerlang dalam tugas yang dijalankannya.



Beliau merupakan antara 770 pegawai SAF dan Kementerian Pertahanan (Mindef) yang telah menerima pelbagai pingat dalam Majlis Pengurniaan Hari Kebangsaan Mindef yang disampaikan dalam beberapa acara berasingan.



Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen merasmikan majlis berkenaan semalam dan menyampaikan pingat kepada 33 pegawai Mindef dan SAF.



Anugerah Hari Kebangsaan itu sepatutnya diadakan tahun lalu tetapi ditunda kerana Covid-19.



ME3 Mohammad Khalid berkata tugasnya sebagai teknisyen kenderaan sewaktu menjalani Perkhidmatan Negara (NS) pada 1995 telah memupuk minat untuk memastikan kenderaan tentera sentiasa bersiap sedia bagi memenuhi keperluan negara.



"Saya juga ingin melatih dan mewujudkan teknisyen yang bertauliah dan mahir dalam memastikan kenderaan kita selamat dan bersedia bagi memenuhi apa jua cabaran yang mendatang," katanya ketika diwawancara oleh media kelmarin.



Bapa dua anak itu merupakan pelatih bagi sistem-sistem kenderaan beroda SAF di OETI yang mana beliau telah berkhidmat sekitar lima tahun.



Antara pengalaman manis yang beliau kongsi kepada media kelmarin termasuk peranannya dalam pasukan teras bagi menyediakan kenderaan 'wheeled recovery vehicle' (WRV).



Kenderaan itu yang dilancarkan pada hujung 2019 berupaya membawa balik semua kenderaan yang digunakan SAF, termasuk Kenderaan Pengangkutan Infantri Terrex dan Rakit Tentera '3rd Generation (M3G) Mobility'.



Beliau dihantar ke Jerman pada 2018 untuk mempelajari kenderaan WRV.



"Saya amat menghargai usaha SAF dalam menawarkan peluang seperti ini agar kita dapat berada di hadapan dalam mengharungi segala cabaran baru dan menyesuaikan diri dengan teknologi baru," katanya



Malah, sepanjang tempoh pandemik Covid-19 ini, beliau juga telah menyesuaikan diri dalam menguruskan kursus latihan bagi pelatih baru di OETI dengan mengadakan kelas secara selang seli.



Mengimbas kembali tentang kerjayanya sepanjang lebih dua dekad itu serta anugerah yang diterimanya, ME3 Mohammad Khalid berkata: "Saya tidak menjangkakan menerima pingat ini.



"Apabila saya lihat kembali pada zaman remaja saya, saya hanya ingin menjadi seorang mekanik.



"Namun kini, saya berbesar hati dapat menyumbang kepada membangunkan teknisyen NS yang mahir dan akan dapat memenuhi keperluan negara kami dan menyokongi operasi-operasi SAF."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >