Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dijangkiti Covid-19: Pemandu teksi, kereta sewa boleh terima bantuan $150

Jun 24, 2022 | 05:30 AM



PEMANDU teksi dan kereta sewa privet yang dijangkiti Covid-19 boleh menerima bantuan tunai $150 sekali sahaja di bawah Skim Bantuan Sementara Covid-19 bagi industri pengangkutan dari tempat ke tempat (P2P).



Mereka yang ingin mendapatkan bantuan di bawah skim itu mesti merupakan anggota Persatuan Teksi Kebangsaan (NTA) dan Persatuan Kenderaan Sewa Privet Nasional (NPHVA).



Skim bantuan itu, yang ditadbirkan NTA dan NPHVA, telah dilanjutkan kepada 30 Jun ini bagi membantu pemandu teksi dan kereta sewa privet yang kehilangan pendapatan akibat tidak dapat bekerja kerana diuji positif bagi Covid-19.



Skim itu merupakan lanjutan daripada Skim Bantuan Sementara Covid-19 yang dilancarkan Unit Pekerja Bebas dan Bekerja Sendiri Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) dan persatuan gabungan NTUC dari 11 Oktober tahun lalu hingga 31 Mac lalu.



Dalam pada itu, badan-badan akar umbi Punggol Shore dan Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) North East pula bekerjasama dengan rakan masyarakat, seperti Chang Cheng Group dan Koufu Group, untuk menyediakan inisiatif Care Meals bersubsidi kepada pemandu teksi dan kereta sewa privet yang merupakan anggota NTA dan NPHVA.



Untuk layak bagi Skim Bantuan Sementara Covid-19 bagi industri P2P itu, pemohon perlu memenuhi beberapa kriteria.



Ini termasuk membayar sekurang-kurangnya tiga bulan yuran keanggotaan sebelum tarikh keputusan positif ujian pantas antigen (ART) yang pertama, dan diuji positif bagi Covid-19 antara 1 April lalu dengan 30 Jun ini.



Permohonan mereka mesti diterima NTA atau NPHVA dalam tempoh 30 hari selepas keputusan positif Covid-19 pertama mereka atau selewat-lewatnya pada 15 Julai ini, yang mana lebih awal.



Pemohon juga perlu menyediakan dokumen sokongan yang mengesahkan status positif Covid-19 mereka.



Semalam, NTA, NPHVA dengan kerjasama badan-badan akar umbi Punggol Shore telah memberi penghargaan kepada penaja dan rakan masyarakat atas sumbangan mereka kepada skim itu dan juga inisiatif Care Meals bersubsidi dalam satu acara yang diadakan di Punggol Plaza.



Penasihat NTA dan NPHVA, Cik Yeo Wan Ling, berkata pemandu teksi dan kereta sewa privet menghadapi tekanan kewangan, dengan mereka perlu bekerja waktu yang lama untuk membiayai kos operasi yang meningkat demi mencapai tahap pendapatan sebelum pandemik.



Justeru, beliau gembira pelbagai rakan masyarakat, termasuk yang dalam masyarakat Punggol Shore, dapat bersatu untuk menghulurkan bantuan kepada golongan pemandu itu.



"Kami percaya dengan kerjasama semua, kami boleh memberikan sokongan yang diperlukan kepada pemandu kami dan berharap sumbangan ini akan memberikan mereka sedikit kelegaan.



"Persatuan (NTA dan NPHVA) ini akan terus mendengar keprihatinan mereka dan menyediakan sokongan yang diperlukan untuk pemandu sedang kita belajar hidup dengan situasi endemik Covid-19," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >