Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dijel 40 bulan kerana seks dengan budak perempuan 13 tahun

Sep 02, 2016 | 07:41 AM



SEORANG pembantu acara sambilan mengadakan hubungan seks dengan seorang budak perempuan berusia 13 tahun sehari selepas berkenalan dengannya dalam talian dan memujuk dia supaya menjadi temanitanya.



Walaupun Muhammad Hudri Ahmad berusia 37 tahaun, tiga kali umur budak itu, dia berbohong kepadanya kononnya dia berusia 18 tahun semasa sembang mereka di Instagram pada 12 Mei tahun lalu.



Pada pertemuan pertama mereka, dia membawa mangsa, yang memakai pakaian pendidikan jasmani sekolah, ke sebuah pelantar tangga di Ang Mo Kio Avenue 3 dan mengadakan hubungan seks dengannya.



Budak itu mengalami kesakitan dan cuba menolaknya, tetapi dia memberitahu budak itu supaya "biasakan diri dengan perbuatan itu" dan terus melakukannya tanpa kerelaan mangsa, kata Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Eunice Lau.



Seminggu kemudian, Hudri mengadakan hubungan seks tanpa perlindungan dengan budak itu di tempat sama.



Pada Jun 2015, budak itu mahu berpisah dengannya kerana dia berasa bersalah tentang hubungan seks tetapi Hudri marah dan mengancam akan memberitahu ibunya tentang hubungan mereka. Budak itu mengalah.



Pada 29 Jun, budak itu pergi ke rumahnya dan Hudri mengadakan hubungan seks dengannya. Mangsa menghalangnya apabila dia cuba melakukan hubungan seks luar tabii dengannya. Pada hari itu, mangsa bermalam di rumah Hudri, yang ditangkap esoknya apabila polis datang ke rumahnya.



Perbualan Skype yang diambil dari komputer riba Hudri menunjukkan dia terlibat dalam "sembang kotor" berkali-kali dengan mangsa dan mengambil kesempatan akan kenaifannya.



Dalam satu kenyataan impak mangsa, dia berkata selain berasa jijik dengan dirinya dan emosinya tidak stabil, dia mengelar dirinya kerana berasa dia patut berasa sakit.



Budak itu sedang menjalani kaunseling secara tetap oleh seorang pakar psikiatri swasta dan makan ubat bagi mengawal emosinya.



Hudri, yang diwakili peguam Raeza Khaled Salim Ibrahim di bawah Skim Bantuan Guaman Jenayah, dihukum penjara 40 bulan pada Khamis (1 Sep) selepas mengaku bersalah terhadap tiga pertuduhan penembusan seksual. Tujuh pertuduhan lain diambil kira.



Hakim Daerah Low Wee Ping kebelakangan hukumannya ke 9 Okt tahun lepas.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >