Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dipenjara tujuh hari kerana curi baucar runcit Bajet 2020 jiran

Feb 09, 2021 | 05:30 AM



SEORANG lelaki dipenjara tujuh hari semalam kerana mencuri baucar runcit Bajet 2020 jirannya apabila mendapati peti surat jirannya itu tidak ditutup dengan betul.



Zamri Mohamed Ali, 43 tahun, mengaku salah atas tuduhan mencuri 30 baucar bernilai $10 setiap satu, yang diberikan pemerintah untuk mengimbangi perbelanjaan rakyat Singapura yang memerlukan semasa wabak Covid-19.



Baucar yang diumumkan sebagai sebahagian daripada Bajet 2020 adalah untuk orang dewasa Singapura yang memerlukan yang tinggal di flat satu dan dua bilik Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) dan yang tidak memiliki lebih daripada satu harta tanah.



Mahkamah diberitahu bahawa Zamri tinggal bersama teman wanitanya yang berusia 37 tahun, yang dituduh bersama, Farahdillah Ibrahim, di sebuah flat di Aljunied Crescent.



Farahdillah dan Zamri masing-masing menerima baucar runcit yang diperuntukkan kepada mereka melalui peti surat Zamri sebelum awal Oktober tahun lalu.



Pada kira-kira 7 malam pada 9 Oktober tahun lalu, Zamri memeriksa peti suratnya, tetapi tidak menemui apa-apa.



Ketika dia menutup peti suratnya, dia melihat peti surat jirannya tidak ditutup dengan betul.



Dia mengetuk peti surat itu, membukanya, membelek-belek surat-surat di dalamnya, dengan harapan dapat menemui beberapa baucar runcit kerana dia tahu penduduk di blok rumahnya kemungkinan akan menerimanya.



Dia melihat dua sampul surat berwarna putih dengan tulisan 'On Government Service' dan tahu bahawa ia mengandungi baucar kerana ia serupa dengan kuponnya.



Zamri mengambil dua sampul surat itu, yang ditujukan kepada dua jirannya, dan melihat ada nombor siri pada baucar. Menyedari bahawa dia akan terperangkap jika menggunakan baucar, Zamri memutuskan menggunakan baucarnya sendiri pada barang keperluan rumah terlebih dahulu.



Teman wanitanya menggunakan enam baucar yang dicuri itu di pasar raya pada 12 Oktober 2020, dan rakaman kamera litar tertutup menunjukkan dia kembali ke rumah Zamri.



Mangsa membuat laporan polis pada keesokan harinya, dengan aduan bahawa beliau belum menerima baucar runcitnya dan mendapat tahu bahawa baucar itu sudah digunakan.



Ketika Farahdillah kembali ke pasar raya dan cuba menggunakan dua lagi baucar, baucar itu ditolak. Dia kemudian ditangkap bersama Zamri, dan 24 baucar lain ditemui di flat Zamri.



Zamri adalah pesalah terbaru dipenjara kerana mencuri baucar Bajet 2020. Seorang lelaki dipenjara empat minggu bulan lalu kerana keselahan serupa sementara seorang wanita yang mengaku bersalah akan mendengar hukuman yang dikenakan ke atasnya pada akhir bulan ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >