Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Diskaun 5% bagi 100 barangan di FairPrice setiap Jumaat

Mar 05, 2022 | 05:30 AM



ORANG ramai boleh dapatkan diskaun lima peratus untuk 100 makanan harian seperti beras, minyak masak dan sayur-sayuran setiap Jumaat di semua pasar raya dan pasar raya besar FairPrice, mulai semalam.



Ini adalah sebahagian daripada program 'Stretch Your Dollar' dari Yayasan FairPrice yang bertujuan membantu pembeli dengan peningkatan kos sara hidup di tengah-tengah pandemik Covid-19 disebabkan oleh inflasi seperti kos logistik dan harga minyak yang lebih tinggi.



Bukan itu sahaja, bermula Isnin depan sehingga akhir tahun ini, lebih 80 kedai Kopitiam dan NTUC Foodfare akan mengenakan bayaran 90 sen sahaja bagi pesanan minuman panas rendah gula, tanpa gula dan kopi dan teh susu.



Kopitiam dan Foodfare berjanji untuk mengekalkan harga untuk variasi lain kopi dan teh panas, serta set sarapan pagi mereka sehingga akhir tahun ini.



Selain itu, skim diskaun sedia ada di pasar raya dan pasar raya besar FairPrice untuk Generasi Perintis, Generasi Merdeka, warga emas dan pemegang kad Biru Skim Bantuan Kesihatan Masyarakat, antara Isnin dan Khamis terus dikekalkan.



Yayasan itu juga akan melancarkan program makanan percuma untuk golongan memerlukan dan inisiatif makan bajet di kedai Kopitiam dan Foodfare pada separuh kedua tahun ini, dengan butiran akan diumumkan kemudian.



Ketua eksekutif yayasan FairPrice, Encik Seah Kian Peng, berkata pihaknya mahu mengurangkan kos sara hidup walaupun tekanan kos meningkat dan rantaian bekalan terganggu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >