Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Diskaun 5% bagi warga emas di Giant

Jun 21, 2022 | 05:30 AM



HINGGA 1 Julai 2022, warga emas berusia 60 tahun dan ke atas akan menerima diskaun tambahan sebanyak 2 peratus di semua cawangan pasar raya serbaneka Giant di serata Singapura pada hari biasa.



Ini bermakna mereka akan menerima diskaun 5 peratus, berbanding 3 peratus sebelum ini.



"Dengan pengembangan skim diskaun warga emas kami, kami sekali lagi mengukuhkan usaha dan komitmen kami untuk membantu mengekalkan harga yang rendah untuk pelanggan kami.



"Semasa zaman ekonomi ketidakpastian, kumpulan yang terdedah, seperti warga emas, cenderung terjejas secara tidak seimbang. Giant mahu menghulurkan sokongan kepada golongan yang lebih memerlukan seperti warga emas. Ini supaya mereka dapat mengurangkan kesan kos kehidupan yang semakin meningkat."



Sejauh ini, Giant adalah satu-satunya pasar raya yang menawarkan diskaun seluruh kedai untuk pelanggan berusia lebih 60 tahun.



"Inflasi yang kian meningkat menjadi kebimbangan nyata bagi kebanyakan rakyat Singapura, terutama dalam beberapa bulan kebelakangan ini.



"Kami sentiasa memikirkan tentang pengguna kami, dan akan melakukan yang terbaik untuk memastikan mereka boleh bergantung kepada kami untuk menawarkan nilai terbaik untuk makanan keperluan dan produk isi rumah mereka," kata pengarah pemasaran untuk makan dan jenama sendiri Asia Tenggara, Kumpulan Runcit DFI, Encik Lee Yik Hun.



Giant telah menawarkan diskaun 3 peratus setiap hari biasa kepada warga emas sejak Jun tahun lalu.



"Dengan pengembangan skim diskaun warga emas ini, kami sekali lagi mengukuhkan usaha dan komitmen untuk membantu mengekalkan harga yang rendah untuk pelanggan," tambah Encik Lee.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >