Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Divisyen khidmat awam umum perubahan Setiausaha Tetap

Mar 28, 2023 | 05:30 AM



BEBERAPA pelantikan bagi jawatan setiausaha tetap di pelbagai kementerian telah diumumkan oleh Divisyen Perkhidmatan Awam (PSD) Pejabat Perdana Menteri (PMO) pada Isnin dan akan berkuatkuasa mulai 1 Mei ini.



Dr Beh Swan Gin, 55 tahun akan melepaskan jawatannya selaku Pengerusi Lembaga Pembangunan Ekonomi (EDB) dan dilantik selaku Setiausaha Tetap (Pembangunan) di Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI).



Beliau pernah memainkan pelbagai peranan di EDB, termasuk memantau portfolio Sains Bioperubatan dan operasi Amerika Utara EDB.



Pada masa yang sama, Encik Gabriel Lim, 47 tahun yang merupakan Setiausaha Tetap MTI, akan dilantik semula selaku Setiausaha Tetap (Dasar) MTI.



Encik Lim memegang beberapa jawatan du Kementerian Pertahanan (Mindef), PSD, Kolej Perkhidmatan Awam (CSC) dan Kementerian Kesihatan (MOH) sebelum pelantikannya selaku Setiausaha Privet Utama kepada Perdana Menteri pada 2011.



Sementara itu, Encik Png Cheong Boon, 53 tahun akan melepaskan jawatannya selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Enterprise Singapore (ESG) dan dilantik selaku Pengerusi EDB.



Encik Png sertai EDB pada 1993 dan telah memegang beberapa jawatan di EDB termasuk lebih enam tahun dalam operasi EDB di Amerika Syarikat.



Bagi Encik Lee Chuan Teck, 55 tahun pula, beliau akan melepaskan jawatannya selaku Setiausaha Tetap (Pembangunan) MTI dan dilantik selaku CEO ESG.



Beliau sertai Penguasa Kewangan Singapura (MAS) pada 1992 dan memegang beberapa jawatan semasa di MAS.



Dalam kenyataan itu, PSD menyatakan tiga setiausaha tetap akan dilantik semula.



Cik Teoh Zsin Woon, 49 tahun yang merupakan Setiausaha Tetap Kedua di Kementerian Pembangunan Negara (MND) dan juga Setiausaha Tetap Kedua Divisyen Perkhidmatan (PSD), akan dilantik semula sebagai Setiausaha Tetap (Pembangunan) MND dan Setiausaha Tetap (Pembangunan) PSD.



Cik Lim Wan Yong, 46 tahun yang merupakan Setiausaha Tetap Kedua Kementerian Pendidikan (MOE) dan juga Setiausaha Tetap Kedua Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF), akan dilantik semula selaku Setiausaha Tetap (Pembangunan Pendidikan) MOE dan Setiausaha Tetap (Pembangunan) MSF.



Encik Chng Kai Fong, 44 tahun yang merupakan Setiausaha Tetap Kedua Kumpulan Negara Bijak dan Pemerintah Digital (SNDGG) dan juga Setiausaha Tetap Kedua Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI) dan Setiausaha Tetap Kedua (Siberkeselamatan), Pejabat Perdana Menteri (PMO) akan dilantik semula selaku Setiausaha Tetap (Pembangunan) MCI dan Setiausaha Tetap (Pembangunan) SNDGG serta Setiausaha Tetap (Pembangunan) (Siberkeselamatan) PMO.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >