Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Doktor beri panduan jika positif Covid-19 di bulan Ramadan

Apr 02, 2022 | 06:20 AM



APA yang perlu dilakukan dari sudut kesihatan jika anda didapati positif Covid-19 semasa berpuasa di bulan Ramadan?



Ia bergantung pada jenis atau tahap jangkitan yang dialami.



Perkara ini dijelaskan oleh dua anggota Persatuan Karyawan Penjagaan Kesihatan Islam (MHPA) - Penasihat MHPA, Dr Zuraimi Mohamed Dahlan dan doktor keluarga, Dr Elly Sabrina Ismail, dalam sesi bincang video Berita Harian.



Dalam video itu, Dr Zuraimi dan Dr Elly menjawab pelbagai persoalan menjelang Ramadan seperti cara bersolat tarawih berjemaah dalam keadaan selamat. Mereka juga menyentuh cara mengunjungi bazar Ramadan dengan selamat.



Bagi yang dijangkiti Covid-19, persoalan utama adakah orang yang positif Covid-19 boleh berpuasa?



Kedua-duanya bersetuju pesakit Covid-19 bergejala ringan masih boleh berpuasa.



Menurut Dr Elly, terdapat tiga golongan pesakit Covid-19 iaitu gejala yang tidak ketara, pesakit kritikal dan sakit kuat tetapi tidak kritikal.



Dalam video itu, Dr Elly dan Dr Zuraimi menasihatkan mereka yang positif Covid-19 dengan gejala ringan supaya tidak menyertai ibadah berjemaah.



Ini kerana mereka berpotensi menularkan virus kepada orang lain dan menjadi tanggungjawab sosial masing-masing menjaga keselamatan orang lain.



Mereka juga menyentuh tentang keperluan pemakanan bagi mereka yang didapati positif-Covid-19 tetapi masih berpuasa.



"Bagi saudara-saudara kita yang terdedah kepada Covid-19, aktiviti ibadat mereka dijalankan di tempat yang diasingkan supaya tidak menjangkiti orang lain,'' kata Dr Zuraimi.



Video ini boleh ditonton di laman digital BeritaHarian.SG dan Facebok/BeritaHarianSingapura hari ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >