Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Doktor dituduh bantu suntik dadah

Jul 12, 2019 | 08:15 AM



DOKTOR Singapura yang dituduh menyuntik penagih dadah dengan dadah terlarang dan mengenakan bayaran baginya memberitahu mahkamah daerah semalam (11 Julai) bahawa dia menawarkan khidmat urut dan bukan khidmat 'slamming'.



'Slamming' merupakan istilah yang merujuk kepada langkah memberi dadah terlarang menerusi suntikan.



Ler Teck Siang, yang juga terlibat dalam skandal bocor data HIV, didakwa kerap menawarkan khidmat 'slamming' kepada guru tuisyen Sim Eng Chee.



Ler, 38 tahun, mempertikaikan tuduhan bersubahat dengan Sim mengambil methamphetamine pada 26 Februari tahun lalu dan memiliki barangan berkaitan dadah pada 2 Mac.



Ler dan Sim ditangkap di hotel Conrad Centennial Singapore pada 2 Mac selepas kakitangan hotel tersebut menemui dadah dan peralatan berkaitan dadah dalam kamar Sim.



Sim yang dipenjara kerana mengambil dan memiliki dadah September lalu memberitahu mahkamah bahawa dia sering mendapatkan khidmat Ler untuk menyuntik dirinya dengan dadah methamphetamine antara lewat 2017 dengan Mac tahun lalu.



Perbicaraan Ler akan diteruskan hari ini.



Dia kini sedang menjalani hukuman penjara dua tahun kerana membantu rakannya yang positif HIV, Mikhy Farrera-Brochez, menipu pihak berkuasa supaya Brochez diizin bekerja di sini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >