Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Doktor keluarga dijangka raih manfaat SG Lebih Sihat

Oct 06, 2022 | 05:30 AM



DOKTOR keluarga akan menerima imbuhan secara adil bagi penjagaan yang mereka beri di bawah strategi SG Lebih Sihat, kata Menteri Negara Kanan (Kesihatan), Dr Janil Puthucheary, di Parlimen semalam.



Doktor keluarga boleh jangkakan pendapatan tambahan daripada pesakit ini yang mendapatkan khidmat penjagaan pencegahan di bawah SG Lebih Sihat.



Khidmat penjagaan pencegahan ini akan diberi subsidi penuh, jelas Dr Janil.



"Doktor-doktor keluarga berkongsi bahawa usaha mendidik dan menggalak warga Singapura untuk tampil mendapatkan pemeriksaan memerlukan masa dan usaha, dan yuran perkhidmatan menangani kekurangan ini dan mengurangkan kesan sikap "memilih" pesakit.



"Yuran khidmat tahunan yang baru ini adalah tambahan kepada subsidi pemerintah yang sedia ada dan hasil daripada pesakit yang sudah diterima doktor keluarga bagi khidmat yang diberi," katanya.



Dr Janil menjelaskan doktor keluarga boleh jangkakan lebih banyak pendapatan daripada pesakit dengan bilangan khidmat penjagaan pencegahan yang disarankan.



Dan harga ubat yang sepadan dengan poliklinik akan membantu pesakit untuk beralih ke doktor keluarga.



"Secara keseluruhannya doktor keluarga akan diberi imbuhan yang adil bagi penjagaan yang mereka berikan di bawah SG Lebih Sihat," katanya.



Dr Janil berkata bahawa pemerintah secara aktif berusaha memenuhi sasaran sehingga 3,500 doktor keluarga menjelang 2030.



"Pengambilan masuk perubatan keluarga setiap tahun telah meningkat dan kami akan terus menyemak angka latihan untuk mereka.



"MOH telah bekerjasama dengan Jawatankuasa Penasihat Latihan Perubatan Keluarga dan Kolej Doktor Keluarga Singapura untuk menambah tempat latihan," tambahnya.



Setiausaha Parlimen Kanan (Kesihatan), Cik Rahayu Mahzam, dalam ucapannya di Parlimen semalam pula merumuskan usaha pemerintah berkaitan kesihatan pencegahan dan menggalak gaya hidup sihat dalam masyarakat.



Antaranya inisiatif memanfaatkan kesihatan yang sedia ada; meluaskan pelbagai program kesihatan; kerjasama aktif dengan rakan masyarakat; menjaga kesejahteraan pemberi jagaan; menjejak kegiatan kesihatan menerusi teknologi; dan menggalak gaya hidup berkaitan kesihatan, saranan peribadi dan ganjaran bagi mengekalkan sikap sihat.



Memberi contoh, Cik Rahayu berkata antara lain banyak inisiatif nasional yang telah diperkenalkan bagi menyokong masyarakat mendukung dan mengutamakan kehidupan sihat.



"Menerusi SG Lebih Sihat, doktor keluarga akan menyokong anda dalam perjalanan ini, menguruskan kesihatan secara menyeluruh dan membimbing anda membangunkan pelan kesihatan peribadi anda. Ini bukan sahaja pemeriksaan kesihatan dan vaksinasi, tapi juga perubahan kepada gaya hidup anda.



"Doktor anda boleh sarankan kegiatan dan khidmat berkaitan kesihatan dalam masyarakat yang sesuai untuk anda," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >