Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dompet digital mudahkan bayaran tetapi berisiko: Pakar

Nov 29, 2023 | 07:02 PM



Dengan tibanya musim pelancongan akhir tahun, rakyat Singapura mula bercuti.

Besar kemungkinan ramai akan menggunakan dompet digital berbilang mata wang bagi perjalanan mereka.

Penyedia kad berbilang mata wang, termasuk Revolut, YouTrip dan Wise, membolehkan pengguna menukar dolar Singapura dan menyimpan wang dalam mata wang asing berlainan pada kad mereka – dengan yuran transaksi rendah atau bahkan tanpa yuran transaksi.

Satu dalam lima generasi milenia di sini mempunyai akaun dengan YouTrip, syarikat pengurusan kewangan yang berpangkalan di Singapura, yang merupakan kad dan dompet perjalanan berbilang mata wang, menurut satu kajian oleh firma itu pada 2022, seperti dilaporkan The Straits Times (ST).


Revolut berkata pada Jun bahawa ia kini mempunyai lebih 30 juta pelanggan runcit di seluruh dunia, setelah menambah lebih lima juta pengguna baru di seluruh dunia sejak November 2022.

Dompet digital kini kian popular disebabkan kadar tukaran wang asing yang berdaya saing. Ia juga lebih menjimatkan berbanding kad kredit daripada bank tradisional memandangkan yuran transaksinya yang lebih rendah atau malah tiada yuran transaksi.

Bagaimanapun, pakar dalam industri itu mengingatkan, walaupun ia menawarkan cara mudah untuk membayar barangan dan perkhidmatan, terdapat risiko dalam penggunaan dompet digital kerana ia kurang selamat daripada bank tradisional.

Seorang Arkitek Huraian Kanan di syarikat F5, Encik Shahnawaz Backer, menjelaskan kad tradisional bank mematuhi peraturan kewangan ketat, menyediakan ciri keselamatan meluas, dan mempunyai penerimaan mantap di peringkat sejagat.

Seorang pengguna YouTrip, Encik Marcus Yeo, memberitahu ST bahawa beliau menemui transaksi tanpa kebenaran pada kadnya berjumlah AS$1,180 ($1,570) yang dibuat di Amerika Syarikat dan Kenya.


Ini walaupun beliau tidak berkunjung ke kedua-dua negara itu ketika transaksi dibuat.

Encik Yeo, 49 tahun, itu berkata YouTrip mengambil masa sekitar tiga bulan untuk mengembalikan wang beliau sepenuhnya bagi transaksi penipuan itu.

Ketua pegawai keselamatan lapangan di Asia-Pasifik dan Jepun bagi firma keselamatan siber Palo Alto Networks, Encik Ian Lim, menasihatkan pengguna dompet digital berbilang mata wang agar meneliti syarat dan peraturan, dasar perlindungan penipuan, di samping maklumat hubungan untuk mendapat maklumat lanjut sebelum menggunakan khidmat tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >