Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DPM Heng: Kerjasama 3 pihak perlu demi bantu pekerja dalam ekonomi hijau

Usaha syarikat, pekerja dan pemerintah penting bagi wujudkan mata pencarian baik, sekitaran mampan
May 13, 2022 | 05:30 AM



SYARIKAT, pekerja dan pemerintah harus berganding bahu untuk membantu pekerja menyesuaikan diri lebih baik dengan gelombang hijau yang baru dalam ekonomi akan datang.



Berucap di Pesta Teknologi Sumber Manusia (HR) Asia dan Sidang Masa Depan Pekerjaan Asean semalam, Timbalan Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat, berkata hampir setiap pekerjaan akan mempunyai aspek hijau pada masa akan datang.



"Seperti kecelikan digital, kecelikan hijau mungkin akan menjadi kemahiran asas bagi pekerjaan pada masa akan datang," ujarnya.



Encik Heng berkata usaha membantu pekerja menyesuaikan diri lebih baik dengan gelombang hijau dan gelombang lain pada masa akan datang memerlukan setiap pihak berkepentingan bekerjasama mewujudkan mata pencarian lebih baik serta ekonomi yang lebih kukuh dan sekitaran yang lebih mampan.



Tambahnya, kerjasama tiga pihak yang saling bekerjasama di Singapura merupakan pemboleh utama bagi ketangkasan dan transformasi ekonomi.



"Kesatuan pekerja... bukan sahaja memperjuang hak pekerja tetapi juga bekerjasama dengan syarikat untuk membantu mereka melalui transformasi dan mempertingkat kemahiran pekerja mereka.



"Syarikat yang maju menganggap transformasi dan usaha mempertingkat kemahiran pekerja mereka sebagai sama penting.



"Pemerintah banyak melabur dalam pendidikan, melengkapkan golongan muda dengan asas yang kukuh dan sifat ingin tahu serta melengkapkan pekerja dengan peluang belajar sepanjang hayat menerusi SkillsFuture," kata Encik Heng.



Dalam pasaran pekerja yang ketat sekarang, beliau berkata kadar pekerja dapat mempertingkat kemahiran dan meraih kemahiran baru juga akan menetapkan kadar pertumbuhan ekonomi.



Tambahnya, tenaga kerja juga harus menyesuaikan diri dengan cara bekerja yang pesat berubah, dengan norma sosial dan keinginan pekerja yang berubah akibat pandemik Covid-19.



Sementara tempat kerja fleksibel dijangka terus kekal, langkah mencapai persetujuan bagi sekitaran kerja yang hibrid tidak begitu jelas dan mudah.



Encik Heng berkata ini antara lain memerlukan penyelia memastikan bahawa hasil perniagaan tidak terjejas dan aturan kerja fleksibel itu tidak disalah guna.



"Untuk menjalani peralihan dengan baik, perlu ada saling persefahaman serta tolak ansur antara majikan dan pekerja.



"Itulah sebabnya kami telah mengambil pendekatan tiga pihak untuk menggalak tempat kerja fleksibel di Singapura," ujar Encik Heng.



Dalam pada itu, perlindungan dan keselamatan sosial juga perlu dipertingkat bagi pekerja platform, yang telah banyak meningkat ekoran khidmat e-dagang dan penghantaran makanan yang kian lebih banyak digunakan.



Bagi golongan muda yang sedang mencari kerja pula, Encik Heng berkata bimbingan kerjaya perlu diperkukuh.



"Kita perlu membantu mereka melihat lebih daripada gaji yang menarik dalam jangka masa pendek dan meneroka laluan lain yang dapat membangunkan kemahiran mereka dengan lebih baik serta memberi mereka mata pencarian lebih baik dalam jangka masa panjang," ujarnya.



Tambahnya, negara juga harus bekerja rapat antara satu sama lain untuk memanfaatkan sepenuhnya peluang yang tersedia dalam masa hadapan pekerjaan termasuk menerusi perjanjian perdagangan serta kerjasama dalam bidang pembangunan modal insan, yang juga satu bidang kerjasama yang penting bagi Asean.



Dengan beberapa perubahan struktur utama dalam ekonomi sekarang, Encik Heng berkata Asean juga berada dalam kedudukan baik untuk menyumbang kepada dan meraih manfaat daripada perubahan yang menjejas masa depan pekerjaan ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >