Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DPM Wong dilantik pengerusi Majlis Penasihat Antarabangsa EDB

Jul 07, 2023 | 04:25 PM



Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, akan mengambil alih selaku pengerusi Majlis Penasihat Antarabangsa (IAC) Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB) mulai Sabtu.

Encik Wong akan menggantikan Menteri Kanan merangkap Menteri Penyelaras bagi Dasar Sosial, Encik Tharman Shanmugaratnam, yang telah memegang jawatan itu sejak 2014, kata EDB dalam satu kenyataan media pada Jumaat.

Encik Tharman menarik diri daripada jawatannya dan meletak jawatan daripada Parti Tindakan Rakyat (PAP) pada Jumaat untuk mencalonkan diri bagi pilihan raya Presiden.

Di bawah penggal sembilan tahun Encik Tharman, negara ini mengukuhkan kedudukannya sebagai sebuah hab yang dipercayai, terbuka dan berdaya tahan bagi modal, bakat dan data, kata EDB.

“Ekonomi ini muncul kukuh daripada pandemik Covid-19, didorong oleh keyakinan syarikat terhadap kita selaku pilihan untuk pelaburan dalam sekitaran sejagat yang lebih tidak menentu,” ia menambah.

“Singapura juga menggandakan usahanya untuk mendalami hubungan dengan Asia Tenggara, membangunkan syarikat sejagat yang berpangkalan di Singapura dan membangunkan huraian penyahkarbonan yang inovatif.”

Encik Tharman berkata negara ini perlu mendalami nilai yang boleh disarankan kepada syarikat sejagat dan membangunkan perniagaan serta spin-off (produk atau khidmat susulan) yang utama untuk terus menghasilkan pekerjaan baik untuk warga Singapura.


“Anggota IAC kami telah memperkayakan perbincangan kami tentang bagaimana Singapura patut mengembangkan strateginya dalam sebuah sekitaran mencabar,” tambahnya.

Mengenai pelantikannya, Encik Wong, yang juga Menteri Kewangan, berkata IAC telah menawarkan EDB dan Singapura dengan perspektif serta saranan penting untuk mengukuhkan ekonominya sepanjang tiga dekad.

Beliau menambah:

“Kita akan terus bertarung dengan perubahan pesat dalam ekonomi sejagat, termasuk trend perlindungan yang meningkat, rantaian bekalan yang kian beralih, serta kemajuan teknologi yang pantas.

“Saya menantikan pertukaran yang mendalam dengan anggota IAC untuk mengenal pasti peluang serta cabaran, sedang kami terus mengukuhkan strategi ekonomi Singapura untuk masa hadapan.”

Para anggota majlis itu terdiri daripada eksekutif atasan syarikat sejagat seperti pengerusi dan ketua eksekutif Microsoft, Encik Satya Nadella; dan presiden serta Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat PayPal, Encik Daniel Schulman.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >