Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DPM Wong garis 3 cabaran pekerjaan demi pelihara kompak sosial S'pura

Keperluan bagi lebih banyak pelaburan dalam kemahiran, perkukuh kecukupan bagi persaraan
Jan 17, 2023 | 05:30 AM



DENGAN sifat pekerjaan yang berubah serta gangguan dan ketidaktentuan yang dijangkakan dalam ekonomi, terdapat keperluan bagi lebih banyak pelaburan dibuat dalam kemahiran dan modal insan serta memperkukuh kecukupan bagi persaraan, kata Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong.



Beliau menambah bahawa pelaburan juga harus dibuat dalam pekerjaan yang bermutu dan berusaha memastikan setiap pekerjaan berdaya maju dan setiap laluan kerjaya memberikan kepuasan.



Berucap di hari terakhir Persidangan Perspektif Singapura anjuran badan pemikir Institut Pengajian Dasar (IPS) semalam, Encik Wong menggariskan tiga cabaran dalam bidang pekerjaan - masa depan pekerjaan, jaminan pekerjaan terutamanya berhubung persaraan dan ganjaran pekerjaan - sambil berkata jika "tidak ditangani, cabaran ini boleh memberi kesan buruk terhadap kompak sosial kita".



Dengan kemajuan teknologi mengganggu industri, Encik Wong berkata ini akan membawa kepada perubahan dalam sifat pekerjaan dan munculnya pekerjaan baru, dan secara semula jadi ia akan menyebabkan kebimbangan, terutamanya dalam kalangan pekerja lebih berusia dan pertengahan kerjaya.



Oleh itu, beliau berkata usaha perlu dilaksana untuk memperkukuh latihan kemahiran untuk orang dewasa dan mempertingkat laluan ke pekerjaan yang lebih baik.



"Pada masa kini, kebanyakan pekerja akan mempunyai pelbagai kerjaya dalam hayat mereka; walaupun dalam kes yang jarang berlaku bagi mereka yang bekerja di syarikat yang sama sepanjang hayat mereka, kerja yang mereka lakukan mungkin akan berubah dengan masa.



"Ini bermakna pekerja mesti boleh mengakses latihan kemahiran untuk mengemas kini diri mereka dan kekal relevan - ini bukan hanya tentang menjalani kursus orientasi setengah hari, tetapi melalui latihan substantif yang boleh berlangsung beberapa hari atau bahkan minggu," kata beliau.



Dalam memastikan warga Singapura mempunyai simpanan mencukupi bagi memenuhi keperluan asas dalam persaraan, Encik Wong, yang juga Menteri Kewangan, berkata pemerintah akan mempertimbangkan cara terbaik untuk mengukuhkan jaminan persaraan.



Beliau berkata keadaan adalah berbeza bagi golongan warga Singapura yang berlainan.



Misalnya, Generasi Perintis dan Merdeka sudah banyak menyumbang kepada pembangunan Singapura, tetapi mereka tidak meraih manfaat sepenuhnya daripada peningkatan terkini sistem Tabung Simpanan Pekerja (CPF). Oleh itu, pemerintah telah melancarkan Pakej Generasi Perintis dan Generasi Merdeka untuk menyokong mereka.



Sementara itu, pemerintah juga akan mengkaji cara terbaik membantu mereka yang berusia dalam 50-an dan awal 60-an tahun hari ini, yang mempunyai waktu terbatas untuk terus bekerja, membuat simpanan dan meraih manfaat daripada sistem CPF, memenuhi keperluan persaraan asas mereka.



"Pada akhirnya, kami ingin memberi jaminan kepada semua warga Singapura: selagi anda bekerja dan menyumbang secara konsisten kepada CPF anda, anda akan dapat memenuhi keperluan persaraan asas anda. Dan bagi mereka yang tidak mempunyai keupayaan untuk bekerja, atau landasan untuk bekerja dan membuat simpanan melalui sistem CPF, kami akan mencari cara untuk menjaga anda," kata Encik Wong.



Encik Wong turut berkata tumpuan akan diberi dalam menangani jurang gaji permulaan antara lulusan universiti dengan lulusan Institut Pendidikan Teknikal (ITE) dan politeknik serta prospek kerjaya untuk mereka.



Memberi contoh, beliau berkata beberapa tahun lalu, ramai penuntut ITE yang dilatih sebagai teknisyen lif tidak menyertai sektor itu selepas tamat pengajian disebabkan gaji permulaan yang terlalu rendah - hanya pada $1,300 - pada 2016 yang mendorong mereka melakukan pekerjaan lain.



Untuk menangani isu, Model Gaji Progresif (PWM) dilaksanakan bagi teknisyen lif, yang menyaksikan gaji permulaan meningkat 40 peratus kepada $1,850 tahun lalu dan pendakian kerjaya ke peranan penyelia dan pakar.



Encik Wong berkata setiap industri perlu meneliti semula tangga kemahiran dan melabur untuk menarik, mengekalkan dan memberi ganjaran kepada pekerja mereka.



Bagaimanapun, beliau menambah bahawa ia melebihi soal membentuk semula pasaran pekerja.



"Ia juga mengenai mengalihkan persepsi kita terhadap kerja, dan menerima takrif lebih luas tentang apa yang dikira sebagai 'pekerjaan yang baik'; bagi kita mengiktiraf kemahiran dan kecekapan berbanding terlalu tertumpu kepada kelayakan kertas," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >