Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DPM Wong lawat Amerika, perkukuh hubungan

Oct 05, 2023 | 06:44 PM



Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, sedang melakukan lawatan kerja ke Amerika Syarikat bagi memperkukuh hubungan Singapura dengan negara itu dalam pelbagai bidang.

Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri (PMO) pada Khamis, dalam lawatan sehingga 15 Oktober itu, Encik Wong akan menghadiri beberapa acara di New York City dan bertemu setiausaha kabinet serta pegawai lain di Washington.

Beliau akan juga ke Peace Carvin II, detasmen latihan kapal terbang F-16 Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) di Pangkalan Tentera Udara Luke di Arizona. Ditubuhkan pada 1993, ia merupakan detasmen RSAF luar negara paling lama.

Di New York pula, Encik Wong, yang telah dilantik sebagai timbalan pengerusi GIC mulai 1 Oktober, akan menghadiri Forum Pelaburan GIC.

Encik Wong juga akan melancarkan nod Perikatan Inovasi Global (GIA) baru di New York.

GIA yang diketuai Enterprise Singapore, merupakan rangkaian rakan kongsi Singapura dan luar negara dalam hab inovasi dan pasaran utama, dan bertujuan membantu syarikat pemula yang berpangkalan di Singapura menebar sayapnya ke New York dan pasaran Amerika yang lebih luas.

Di Washington, Encik Wong dijangka bertemu setiausaha kabinet dan pegawai kanan dari pentadbiran Joe Biden.

Mesyuarat itu akan membincangkan langkah meneruskan kerjasama dua hala dalam bidang yang sedang berkembang, kata PMO.

Encik Wong juga akan menyampaikan ucapan pembukaan bagi dialog sulung AS-Singapura berkaitan teknologi kritikal dan yang semakin berkembang.

Beliau juga akan menyertai dialog di Pusat Kajian Strategik dan Antarabangsa (CSIS).

Semasa lawatan itu, Encik Wong diiringi Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan; Menteri Perhubungan dan Penerangan merangkap Menteri Kedua Ehwal Dalam Negeri, Cik Josephine Teo; dan Menteri Negara (Perdagangan dan Perusahaan merangkap Kebudayaan, Masyarakat dan Belia), Encik Alvin Tan, selain pegawai dari PMO, Kementerian Ehwal Luar (MFA) dan Kementerian Kewangan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >