Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DPM Wong lawat Shanghai pererat kerjasama

May 16, 2023 | 05:30 AM



TIMBALAN Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, telah menemui Setiausaha Jawatankuasa Perbandaran Shanghai, Parti Komunis China (CPC), Encik Chen Jining, pada Isnin dan Datuk Bandar Shanghai, Encik Gong Zheng, pada Ahad, sewaktu lawatan beliau ke China.



Singapura dan Shanghai, kata Encik Wong dalam catatan di Facebook yang dimuatnaiknya, mempunyai hubungan amat baik berdekad lamanya, termasuk kerjasama ekonomi yang kukuh yang disokong jalinan rapat antara rakyat.



"Sebagai hab besar dalam rantau ini yang berdepan dengan banyak peluang serta cabaran yang serupa, bandar kita mempunyai banyak yang boleh dipelajari daripada satu sama lain dalam bidang seperti ekonomi digital dan hijau, tadbir urus bandar, dan perlindungan sekitaran," tulis Encik Wong.



Beliau menggulung lawatannya ke Shanghai dengan mengunjungi syarikat kenderaan elektrik bijak global, NIO.



Dalam kunjungannya itu, Encik Wong berkata beliau banyak mempelajari tentang perjalanan NIO menjadi salah satu syarikat kenderaan elektrik terkemuka di China.



NIO juga sedang membina sebuah pusat penyelidikan dan pembangunan di Singapura, yang memberi tumpuan kepada pembangunan huraian kuasa bijak serta teknologi memandu autonomi.



"Saya berharap kerjasama Singapura dan Shanghai boleh menjadi pemangkin dan pelopor bagi projek baru dan inovatif antara kedua-dua negara kita," kata beliau.



Encik Wong berada di China sejak Sabtu bagi satu lawatan selama lima hari.



Encik Wong akan berkunjung ke Beijing.



Di sana, beliau akan mengunjungi Perdana Menteri China, Encik Li Qiang dan bertemu Naib Perdana Menteri China, Encik Ding Xuexiang, secara berasingan; Menteri Kewangan, Encik Liu Kun; dan Menteri Jabatan Pertubuhan Pusat CPC, Encik Li Ganjie.



Encik Wong diiringi beberapa pemimpin Singapura, termasuk Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee; Menteri Negara Kanan (Ehwal Luar merangkap Pembangunan Negara) Cik Sim Ann; Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia merangkap Pertahanan), Encik Zaqy Mohamad dan Menteri Negara (Perdagangan dan Perusahaan), Cik Low Yen Ling.



Rombongan itu juga disertai pegawai dari Pejabat Perdana Menteri (PMO), Kementerian Ehwal Luar (MFA)dan Kementerian Kewangan (MOF).




"Sebagai hab besar dalam rantau ini yang berdepan dengan banyak peluang serta cabaran yang serupa, bandar kita mempunyai banyak yang boleh dipelajari daripada satu sama lain dalam bidang seperti ekonomi digital dan hijau, tadbir urus bandar, dan perlindungan sekitaranSaya berharap kerjasama Singapura dan Shanghai boleh menjadi pemangkin dan pelopor bagi projek baru dan inovatif antara kedua-dua negara kita."
- Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, dalam satu catatan di Facebook.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >