Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DPM Wong: Lima lagi taman semula jadi akan dibangun

Nov 13, 2022 | 08:27 AM



LIMA lagi taman semula jadi akan dibangunkan pada tahun mendatang untuk mencapai visi Singapura menjadi Bandar dalam Alam Semula Jadi, kata Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, ketika melancarkan Taman Semula Jadi Rifle Range semalam.



Semasa berucap di pavilion pelawat taman itu, Encik Wong menekankan betapa pentingnya ruang hijau seperti taman semula jadi dalam bandar Singapura, sambil menyatakan kegiatan alam semula telah meningkat dalam kalangan warga setempat sepanjang tempoh pandemik sejak tiga tahun lalu.



"Ada yang menemuinya buat kali pertama. Yang lain pula menyedari betapa berharga dan istimewanya mereka, dan betapa kita patut lebih menghargai tempat-tempat ini," ujar beliau.



Encik Wong juga berkata pemerintah belum selesai menghijaukan Singapura dan akan terus menjadikan negara ini Bandar dalam Alam Semula Jadi.



"Kami akan mencari lebih banyak cara inovatif untuk menyepadukan alam semula jadi ke dalam bandar kita dan mendekatkan warga Singapura kepada alam semula jadi. Ini supaya setiap rumah, tidak kira di mana anda tinggal di Singapura, boleh berada dalam jarak 10 minit berjalan kaki dari taman," kata beliau.



Selain menyediakan rekreasi alam semula jadi kepada umum, Taman Semula Jadi Rifle Range memainkan peranan penting dalam memelihara warisan semula jadi Singapura.



Dalam satu taklimat kepada media sebelum pelancarannya, Pengarah kumpulan pemeliharaan Lembaga Taman Negara (NParks), Encik Lim Liang Jim, taman itu berfungsi sebagai "penyangga" bagi Hutan Simpanan Bukit Timah, sambil meningkatkan ketersambungan ekologi dan menyediakan habitat saling melengkapi untuk biodiversiti hutan simpanan.



Taman Semula Jadi Rifle Range sejauh ini didiami lebih 400 spesies flora, seperti pokok terancam di Singapura, mempat merah, dan lebih 300 spesies fauna, termasuk colugo (kubung) Malaya, tenggiling Sunda dan kucing harimau bintang.



Encik Lim berkata taman semula jadi juga adalah satu cara mengurangkan jumlah lawatan di hutan simpanan teras, dengan mengubah hala aliran pengunjung.  ▶ZULAIQAH ABDUL RAHIM




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >