Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

DPM Wong perjelas alasan laporan asal Kertas Putih Covid-19 tak boleh didedah

Mengandungi maklumat keselamatan nasional, sensitiviti komersial
Mar 22, 2023 | 05:30 AM



LAPORAN asal yang menjadi sandaran Kertas Putih mengenai Covid-19 tidak boleh didedahkan secara awam disebabkan "alasan keselamatan nasional" serta "sensitiviti komersial", kata Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, di Parlimen pada Selasa.



Beliau berkata demikian semasa menjawab Ketua Pembangkang, Encik Pritam Singh, yang meminta laporan asal itu disiarkan secara awam supaya warga Singapura dapat mempertimbang butiran dan kepelbagaian perspektif yang didapatkan daripada semua kementerian yang mengambil bahagian dalam Semakan Selepas Tindakan (AAR).



Kertas Putih mengenai respons Singapura terhadap Covid-19 yang diterbitkan Pejabat Perdana Menteri pada 8 Mac itu memperoleh dapatan semakan asal yang diterajui mantan ketua perkhidmatan awam, Encik Peter Ho.



Semakan itu merangkumi temu bual bersama menteri dan penjawat awam serta dapatan pelbagai semakan oleh agensi pemerintah.



Encik Wong berkata laporan Encik Ho memberi tumpuan terhadap pengajaran bagi Singapura mengenai pengurusan krisis, dan merangkumi butiran mengenai kerja dalaman pemerintah dan struktur pengurusan krisis.



"Dan kerja dalaman serta struktur pengurusan krisis ini bukan sahaja untuk menangani pandemik... struktur sama digunakan untuk menangani ancaman keselamatan luar negara. Dan sebab itulah kita tidak dapat menerbitkan bahagian laporan itu atas sebab keselamatan nasional," jelasnya.



Laporan asal juga menyentuh tentang sensitiviti komersial, seperti bagaimana Singapura memanfaatkan rakan berbeza bagi bekalan penting dan mengurus rantaian bekalannya, kata Encik Wong.



"Itu mengandungi sensitiviti komersial dan kita tidak dapat mendedahkan itu. Jika kita menyunting keluar semua bahan sensitif ini, kita pada dasarnya akan akhirnya mempunyai pengajaran buat pemerintah, yang sudah ada dalam Kertas Putih itu. Malah, ia akan menjadi sebahagian Kertas Putih itu," tambahnya.



Encik Wong berkata Kertas Putih itu melebihi laporan Encik Ho kerana ia merangkumi pengajaran daripada AAR agensi serta pengajaran yang diraih setelah Ogos 2021, yang merupakan tempoh semakan asal itu telah selesai.



"Jadi ia adalah paduan lebih lengkap bagi semua pengajaran yang kita telah pelajari daripada tiga tahun lalu," ujarnya.



Ketika menggulung perbahasan Kertas Putih mengenai respons Singapura terhadap Covid-19, Encik Wong juga berkata wang yang dibelanjakan bagi melawan pandemik berbaloi.



Contohnya, pendidikan dapat diteruskan buat pelajar, perniagaan terus disokong sementara kadar pengangguran tempatan kekal rendah, manakala rantaian bekalan kekal terbuka sepanjang krisis.



"Jadi secara keseluruhannya, apabila anda lihat hasil ini dan apa yang kita telah belanjakan berbanding negara lain, kita telah mencapai nilai baik untuk wang yang dibelanjakan - untuk mengelak keburukan paling teruk Covid-19 dan untuk mengurangkan kesan sosial dan ekonomi pada jangka panjang," ujarnya.



Sebanyak $72.3 bilion dibelanjakan untuk melawan pandemik itu sepanjang tahun kewangan 2020 dan 2021.



Menjawab pertanyaan Encik Gerald Giam (GRC Aljunied) mengenai pelibatan Temasek dalam usaha melawan Covid-19, Enck Wong berkata entiti Temasek terlibat dalam operasi amat khusus, contohnya dalam penubuhan pantas kemudahan Covid-19, sebuah kemudahan penjagaan masyarakat di Expo.



Itu, kata Encik Wong, tidak ternilai harganya, kerana ia membantu negara mengharungi keadaan kecemasan dengan penularan di dormitori pekerja migran.



Beliau menambah bahawa sepanjang tiga tahun lalu, Temasek menyalurkan semula sebahagian besar dana masyarakatnya bagi menyokong perlawanan menentang Covid-19.



"Ini adalah keputusan yang dibuat Temasek dan lembaganya secara bebas daripada pemerintah dan tidak ada pengambilan daripada rizab lalu bagi perbelanjaan demikian," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >