Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DPM Wong: S'pura perlu terus tambah nilai rangkaian global

Mar 12, 2023 | 05:30 AM



DI dalam dunia yang berbahaya dan tidak menentu, Singapura akan terus mengusahakan yang terbaik untuk kekal relevan dan menambah nilai sebagai nod kekunci dalam rangkaian global yang berubah - selaku hab bagi bakat, kewangan, perdagangan dan idea.



Pada masa yang sama, negara ini juga akan terus membangun rangkaian rakan kerjasama yang meluas untuk menggalak keamanan dan kestabilan dalam rantau ini serta paling penting sekali mengekalkan kedaulatan dan haknya untuk menentukan masa depan sendiri.



Inilah antara teras ucapan Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, yang juga Menteri Kewangan, pada Forum Global Wharton di Hotel Shangri-La Singapore semalam.



Forum yang dijadikan pelantar pembelajaran sepanjang hayat dan menebarkan rangkaian itu dikembalikan selepas terhenti selama tiga tahun kerana Covid-19.



Diadakan dua hari sejak Jumaat, ia menyatukan pemimpin dalam bidang perniagaan dan pemerintah bersama ahli akademik dan alumni Wharton untuk meneroka isu yang dihadapi perniagaan global.



DPM Wong gesa perkukuh institusi berbilang hala antarabangsa



ENCIK Wong yang menyampaikan ucaptama dalam forum berkenaan berkongsi kisah yang kadangkala kedengaran mengenai Amerika dan dunia Barat yang kian merosot kuasanya dengan China dan dunia Timur pula kian meningkat.



"Inilah yang kadangkala anda dengar. Sesungguhnya, tidak ada keraguan bahawa pusat graviti ekonomi global sedang beralih ke Asia - sama ada anda mengukur kadar pertumbuhan, atau anda melihat saiz Asia pada tahun-tahun mendatang, statistik akan membuktikan perkara ini.



"Tetapi kita tidak seharusnya terlalu memperkatakan kes itu. Lagipun, orang telah meramalkan kemerosotan Amerika selama berdekad lamanya dan Amerika masih merupakan salah satu negara yang paling maju dan ekonomi dunia yang cergas.



"Lihat sahaja bioteknologi dan Kecerdasan Buatan (AI), sebagai contoh, dua industri canggih yang akan merevolusikan ekonomi moden dan cara hidup kita. Amerika kekal di barisan hadapan dalam dua bidang ini.



"Dalam bioteknologi, ia merupakan penguasaan teknologi mRNA yang membawa pada penghasilan vaksin Covid yang membolehkan kita mengharungi wabak ini dengan selamat.



"Dalam bidang AI pula, kemajuan Amerika dalam AI generatif telah menggegarkan dunia dengan jaya apabila ia berupaya mengubah tanggapan kita tentang kemampuan AI," jelasnya.



Beliau, dalam pada itu, menambah usaha bersama untuk memperkukuh fahaman pelbagai hala dan peraturan permainan global ini harus digerakkan.



"Sepanjang setengah abad yang lalu, perintah antarabangsa berdasarkan peraturan yang terbuka telah membantu mengekalkan dunia secara agak stabil.



"Ia tidak pernah sempurna; tidak pernah ada persetujuan tentang semua isu global. Tetapi kestabilan ini memupuk kerjasama antarabangsa dan melahirkan era transformasi ekonomi yang tiada tolok bandingnya yang telah kita nikmati - banyak negara makmur, dan jutaan orang dikeluarkan daripada kemiskinan.



"Hari ini dunia lebih berpecah daripada sebelumnya. Tetapi di tengah-tengah perbezaan ini, kita mesti mencari titik persamaan yang cukup untuk menyelesaikan masalah kolektif kita.



"Justeru, kita memerlukan aturan kerja baru dalam kalangan negara bagi memudahkan kestabilan global dan kerjasama antarabangsa tentang isu mendesak seperti perubahan iklim dan kesediaan menangani pandemik.



"Kita juga perlu memperkukuh institusi berbilang hala seperti Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), Bank Dunia, Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).



"Mereka telah membantu mendefinisikan perintah antarabangsa berdasarkan undang-undang selama berdekad lamanya dan kita mesti memastikan ia kekal kukuh dan relevan, supaya semua negara mempunyai kepentingan dalam sistem antarabangsa dan akan memainkan peranan untuk memastikan keamanan dan kestabilan di dunia," jelas Encik Wong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >