Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DPPMS anjur bazar secara fizikal juga dalam talian

Apr 10, 2022 | 05:30 AM



TAHUN lalu Bazaar Kita yang dianjurkan secara bersama oleh Wisma Geylang Serai (WGS) dan Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) diadakan secara dalam talian.



Tahun ini, dengan kelonggaran langkah pengurusan selamat, Bazaar Kita akan diadakan secara dalam talian dan juga secara fizikal.



Sekitar 78 peniaga termasuk peniaga di rumah dan syarikat kecil dan sederhana (SME) menyertai Bazaar Kita tahun ini yang berlangsung dari 2 April hingga 2 Mei secara di dalam talian serta di gerai-gerai Bazar Kita di WGS.



Sekitar 20 peniaga juga membuka gerai mereka di Bazaar Kita di tingkat dua WGS termasuk Annabella Patisserie yang terkenal dengan macaron halalnya.



Majoriti terdiri daripada peniaga makanan dan minuman dan selebihnya memaparkan produk berbeza termasuk fesyen, kecantikan serta makanan dan minimun.



Bazaar Kita juga akan melancarkan 18 lagi gerai Bazaar Kita di Curbside Crafters yang terletak di Kampong Glam dari 22 April hingga 2 Mei ini.



Menurut Presiden Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS), Encik Farid Khan, Bazaar Kita bertujuan memeriahkan lagi suasana Ramadan dan memberikan keyakinan kepada masyarakat terutama sekali kepada para peniaga Islam yang telah mengharungi banyak kesukaran akibat kesan Covid-19 selama dua tahun.



Dengan kelonggaran sekatan langkah pengurusan selamat Covid-19, Bazaar Kita boleh dilakukan secara fisikal.



Encik Farid berkata ia juga memberi lebih banyak peluang bagi para peniaga yang belum menggunakan platform dalam talian untuk turut berniaga secara fizikal.



"Tahun lalu, penjualan yang diraih oleh para peniaga yang menyertai Bazaar Kita dalam talian, mencapai lebih $600,000, mengatasi matlamat yang ditetapkan sebanyak $500,000 dan terdapat banyak perniagaan yang kini telah stabil dan langsung berdikari.



"Matlamatnya, pada tahun ini, DPPMS ingin bekerjasama lagi untuk memberikan bantuan kepada lebih ramai para peniaga kecil atau peniaga di rumah bagi membantu mereka mengembangkan lagi perniagaan mereka melalui usaha digitalisasi untuk menyertai dan mempromosikan 'kedai digital' mereka.



Tahun ini, ia juga bekerjasama dengan wadah e-dagangan, Shopee dan pasar raya dalam talian, GrabMart dan GrabFood bagi menyediakan keperluan masyarakat dalam bulan puasa dan Hari Raya.



Seorang peniaga yang menjual kuih-kuih raya serta snek tradisional dan moden, AllHastag Trading, berkata Bazaar Kita membantunya menyediakan pengalaman runcit.



"Ia juga meningkatkan kesedaran terhadap jenama kami dan memberikan kami peluang mendekati lebih ramai pembeli dan membina jenama kami," ujar Encik Zulkynaen Abdul Rahman, 26 tahun yang turut menguruskan gerai bapanya itu.



Tahun ini, selebriti setempat, Danial Ashriq adalah duta bagi Bazaar Kita.



Beliau akan mempromosikan bazar itu dengan video langsung melalui platform Instagramnya untuk menggalakkan orang ramai datang ke Bazaar Kita bagi menyokong para peniaga.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >