Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DPPMS, SICCI harap pekerja SG terus ditingkatkan

Aug 31, 2022 | 05:30 AM



SEDANG Singapura terus menarik bakat terbaik, Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) dan Dewan Perniagaan dan Perusahaan India Singapura (SICCI) meluahkan harapan pemerintah akan terus meningkatkan tenaga kerja tempatan.



Dalam hal ini, pekerja dan pelajar yang bakal tamat pengajian boleh memberikan usaha terbaik mereka untuk mendapatkan pekerjaan di mana bakat amat diperlukan untuk ekonomi Singapura berkembang maju, berinovasi dan berdaya saing.



Presiden DPPMS, Encik Farid Khan, berkata DPPMS menyokong pengumuman baru-baru ini mengenai pas kerja baru serta peningkatan kepada skim Pas Pekerjaan (EP) sedia ada kerana ia akan membolehkan syarikat kecil dan sederhana (SME) menarik bakat terbaik sambil meletakkan Singapura sebagai sebuah ekonomi terbuka yang seterusnya akan memacu pelaburan langsung asing yang berterusan sambil mengukuhkan jenama Singapura di luar negara.



"Skim yang diumumkan juga memastikan bakat tempatan terbaik terus mendapat peluang untuk bekerja dengan bakat global, memastikan peningkatan berterusan tenaga kerja warga Singapura," katanya kepada Berita Harian (BH).



Pengerusi SICCI, Encik Neil Parekh, dalam satu kenyataan berkata SICCI mengalu-alukan usaha Kementerian Tenaga Manusia (MOM) untuk menarik bakat terbaik bagi sektor yang memerlukannya dengan segera.



SICCI berkata antara pengumuman yang amat dialu-alukan oleh anggotanya, yang terdiri daripada banyak SME, adalah penambahbaikan kepada masa memproses bagi semua pemohon pas pekerjaan (EP).



"Selepas Covid, ini kekal menjadi kebimbangan utama anggota kami iaitu masa yang diambil untuk memproses permohonan EP dan pembaharuan yang sedia ada.



"Pengumuman MOM untuk memperbaiki masa proses kepada sepuluh hari perniagaan adalah berita baik untuk majikan yang perlu membawa masuk pekerja menggunakan EP," kata Encik Parekh.



Beliau menambah SICCI turut menggesa pemerintah dan khususnya MOM untuk terus meneliti keperluan kekurangan tenaga kerja banyak perniagaan dalam sektor makanan dan minuman.



"Restoran etnik yang lebih kecil terus memerlukan sokongan untuk mereka kekal mampan dan melayani pelanggan mereka sedang banyak ekonomi Singapura telah dibuka dengan kelonggaran kepada dasar pemakaian pelitup," tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >