Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Drama 'CSI' cetus minat cemerlang dalam kursus keselamatan siber

May 06, 2021 | 05:30 AM



SETIAP kali menonton drama jenayah forensik, CSI: Crime Scene Investigation, semakin berkobar-kobar cita-cita Encik Muhammad Juraimi Rafinyi ingin ceburi bidang keselamatan siber dan forensik digital.



Lantaran itu, meskipun layak meneruskan pengajian ke maktab rendah, anak sulung dua beradik itu tidak berfikir dua kali untuk mengambil Diploma Keselamatan Siber dan Forensik Digital di Politeknik Temasek (TP).



Kursus itu malah menebar ufuk pemikirannya lebih jauh dengan kesempatan menyertai program lawatan sambil belajar di Boston, Amerika serta Moscow, Russia.



Isnin lalu, kecemerlangan Encik Muhammad Juraimi, 19 tahun, diiktiraf dengan Anugerah CapitaLand bagi Kecemerlangan Menyeluruh dan Anugerah Penguasaan Kemahiran TP-Persatuan Komputer Singapura pada majlis tamat pengajian di Pusat Konvensyen Temasek.



Beliau yang juga menyampaikan ucapan perpisahan bagi mewakili rakan sekursusnya menerima anugerah tersebut daripada Menteri Kedua Pendidikan, Dr Mohamad Maliki Osman.



Ketika dihubungi, Encik Muhammad Juraimi berkata:



"Saya tertarik pada cara siasatan jenayah dibuat dengan menggunakan kaedah canggih malah berharap dapat membina kerjaya dalam bidang forensik atau mengajar kursus keselamatan siber di institusi pengajian tinggi.



"Saya juga rasa bersyukur dan bertuah dapat meninjau budaya kerja karyawan syarikat keselamatan siber di Amerika dan Russia dalam dua lawatan berasingan.



"Di Boston, saya berpeluang mengunjungi pejabat IBM New York dan diberi taklimat tentang tulang belakang keselamatan siber syarikat itu iaitu pusat operasi keselamatannya. Kalau ada ancaman siber, perkara itu dianalisa di situ.



"Pusat Kajian Thomas J. Watson, ibu pejabat IBM Research, juga dikunjungi bagi mengetahui impak kecerdasan buatan (AI) terhadap keselamatan siber."



Mengenai lawatan ke Moscow pula, Encik Muhammad Juraimi berpeluang melihat pelbagai ancaman keselamatan siber yang wujud di dunia hasil taklimat di pejabat pengeluar sofwe antivirus Kaspersky.



Nyala rasanya dalam bidang keselamatan siber dan forensik digital turut dimanfaatkan ketika memimpin Persatuan Karyawan Keselamatan Maklumat di TP.



Persatuan itu menjalankan aktiviti menarik pelajar sekolah menengah agar mengenali dan meminati bidang keselamatan siber.



Beliau juga aktif sebagai Naib Presiden Kelab Pertahanan Awam Lionhearters yang memberi pertolongan kecemasan di acara TP.



"Semua ini hanya bakti kecil saya pada masyarakat. Saya selalu melihat ayah sebagai contoh terbaik seseorang yang gigih, tidak mengeluh, sentiasa positif dan ambil peduli isu kemasyarakatan," jelasnya lagi.



Jika bapanya Encik Rafinyi Ahlias, seorang kerani firma guaman berusia 57 tahun adalah sumber inspirasi, ibunya Cik Siti Aishah Abdullah, 52 tahun, seorang suri rumah pula penenang jiwa.



"Setiap kali ada masalah yang merisaukan saya atau saya rasa tertekan, ibu pula beri saya kata-kata semangat," kongsinya.




"Saya tertarik pada cara siasatan jenayah dibuat dengan menggunakan kaedah canggih malah berharap dapat membina kerjaya dalam bidang forensik atau mengajar kursus keselamatan siber di institusi pengajian tinggi. Saya juga rasa bersyukur dan bertuah dapat meninjau budaya kerja karyawan syarikat keselamatan siber di Amerika dan Russia dalam dua lawatan berasingan. Di Boston, saya berpeluang mengunjungi pejabat IBM New York dan diberi taklimat tentang tulang belakang keselamatan siber syarikat itu iaitu pusat operasi keselamatannya. Kalau ada ancaman siber, perkara itu dianalisa di situ."
- Encik Muhammad Juraimi Rafinyi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >