Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KORONAVIRUS

Drebar kecewa dengan pakej bantuan Grab

Feb 22, 2020 | 05:30 AM



PEMANDU Grab tidak berpuas hati dengan apa yang dianggap sebagai langkah firma itu menggabungkan pakej bantuan koronavirus kepada pelan insentif bagi mendorong pemandu bekerja lebih keras.



Hal ini bagaimanapun boleh membuat keadaan pemandu menjadi lebih teruk, lapor The Straits Times.



Pakej bantuan $77 juta bagi industri pengangkutan dari tempat ke tempat itu diumumkan minggu lalu, dengan pemerintah memberi $45 juta dan syarikat teksi dan kereta sewa privet menyumbang bakinya.



Bantuan itu akan diagihkan sepanjang tiga bulan mulai Mac.



Tetapi Grab telah menawarkan pakej bantuan itu dalam format yang pemandu kata adalah tidak adil.



Di bawah Dana Bantuan Khasnya, ia memberi $70 seminggu dalam bentuk bantuan pemerintah kepada semua pemandu.



Tetapi bagi bahagian bantuan kewangannya, ia telah menggabungkan jumlah untuk dibayar kepada pelbagai tingkat insentif yang syarikat itu tetapkan bagi pemandunya.



Grab juga berkata skim insentif terdahulu digantung semasa tiga bulan pakej bantuan itu dilaksana.



Ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan pemandu, yang merasakan syarikat itu menggunakan dana pemerintah untuk menyokong program insentifnya.



Persatuan Kenderaan Sewa Privet Nasional (NPHVA) dalam satu kenyataan semalam berkata menyusuli perbincangan dengan Grab, syarikat itu bersetuju melanjutkan skim insentifnya itu sehingga Mei.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >