Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dron tanpa pemandu digunakan pantau enam kolam air di S'pura

May 28, 2021 | 05:30 AM



DRON tanpa pemandu akan sering dilihat di enam kolam air di sini, sebagai sebahagian usaha agensi air negara PUB memanfaatkan teknologi bagi menjalankan operasi hariannya.



Sebuah dron akan dikerah dahulu di Kolam Air Macritchie dan Marina hujung bulan ini, dan empat dron lagi akan digunakan di Kolam Air Serangoon, Kranji, Lower Seletar dan Lower Pierce menjelang suku ketiga tahun ini.



Dalam satu kenyataan semalam, PUB berkata dron itu dilengkapi teknologi sistem penderiaan jarak jauh dan sebuah kamera bagi melakukan analisis video secara langsung.



Ciri-ciri itu membolehkan dron tersebut memantau mutu air dan kegiatan yang dilakukan di kolam air tersebut, seperti memancing dan berdayung.



Enam kolam air itu dipilih berdasarkan keperluan operasi PUB, termasuk faktor lain, seperti saiz, kemudahan akses dan adanya kegiatan air dilakukan di situ, kata seorang jurucakap PUB kepada akhbar The Straits Times.



Misalnya, Kolam Air Marina dan Macritchie amat popular bagi mengadakan kegiatan air dan memancing, dan dengan menggunakan dron, PUB boleh memantau kegiatan tersebut dengan lebih berkesan, kata jurucakap itu.



Buat masa ini, pegawai PUB menjalankan rondaan setiap hari, dan semasa melakukannya mereka memerhatikan beberapa perkara, seperti pokok air yang tumbuh secara berlebihan, serta memastikan kegiatan air dilakukan dengan selamat.



PUB berkata masa yang digunakan untuk melakukan rondaan di enam kolam air itu sekitar 7,200 jam setiap tahun. Ia menjangka sekitar 5,500 jam boleh dijimatkan dengan menggunakan dron tanpa pemandu untuk membantu melakukan rondaan tersebut.



Encik Yeo Keng Soon, pengarah jabatan tadahan dan saluran air PUB, berkata: "Dengan dron itu, kami dapat mengalihkan tenaga manusia kepada kerja lebih kritikal seperti pemeriksaan dan penyenggaraan gerbang tadahan, termasuk operasi pam dan injap.



"Dron itu juga memainkan peranan sebagai sistem amaran awal yang mempercepat masa kami memberi respons terhadap pelbagai isu yang dihadapi pegawai kami setiap hari."



Penggunaan dron oleh PUB menyusuli beberapa percubaan tahun lalu bersama firma teknologI tempatan ST Engineering dan menggunakan sistem operasi syarikat itu, DronNet.



Sebuah sofwe membantu menganalisis mutu air, dan menggunakan analituk video untuk mengenal pasti beberapa keprihatinan, seperti orang memancing di kawasan tidak dibenarkan melakukannya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >