Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KidSTART bantu kanak-kanak keluarga susah: PENGALAMAN RELAWAN

Dua beradik 'buka mata' realiti kehidupan keluarga susah

Program yang dijalankan KidSTART memberi sukarelawan peluang membantu kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan rendah. BERITA HARIAN menemui sukarelawan yang menggembleng tenaga dan penerima program itu.
Apr 01, 2023 | 05:30 AM



PENGLIBATAN dua beradik Cik Siti Az-Zahroh Effendi dan Cik Siti Ruquiyah Effendi dalam program sukarelawanan KidSTART telah meluaskan perspektif mereka terhadap realiti kehidupan orang lain.



Ini setelah mereka - yang masing-masing berusia 31 tahun dan 29 tahun - dapat menggembleng tenaga untuk berinteraksi dengan anak-anak kecil dan keluarga yang kurang bernasib baik.



Anak bongsu dalam keluarga dua beradik, Cik Siti Ruqaiyah, menjelaskan:



"Apa yang saya alami sebagai pendidik awal kanak-kanak jauh berbeza sekali dengan apa yang saya lihat semasa menaburkan bakti sebagai sukarelawan bersama kanak-kanak kecil.



"Misalnya dalam satu program pengedaran lampin kepada keluarga kurang bernasib baik, saya lihat sendiri kanak-kanak kecil yang kencing di lantai kerana kekurangan bekalan kebersihan dan ini benar-benar membuka mata saya."



Pada hujung 2021, dua beradik ini mula melibatkan diri dengan aktiviti sukarelawan KidSTART - program yang menyokong pembangunan awal kanak-kanak dari keluarga berpendapatan rendah - dalam mengagihkan barang makanan.



Awal daripada itu, mereka juga kerap berkhidmat secara sukarela dengan beberapa badan lain kerana terpanggil untuk "menyokong masyarakat".



"Saya rasa apabila anda membantu orang lain, ia merupakan kegembiraan yang sukar untuk dijelaskan.



"Anda membuat perkara yang baik, anda akan dapat rasa kepuasannya," jelas Cik Siti Ruqaiyah.



Tetapi sifat sukarelawan ini sebenarnya tidak datang dengan sendiri kerana menurut Cik Siti Az-Zahroh, ia telah disemai sejak kecil oleh ibu bapa mereka.



Dua beradik itu berkongsi bahawa mereka didedahkan dalam dunia kesukarelawanan sejak dari bangku sekolah tadika lagi - kali pertama adalah apabila dibawa ibu bapa mereka terlibat dalam kerja sukarelawan pada hujung minggu.



Cik Siti Az-Zahroh berkata: "Saya masih ingat lagi antara aktiviti pertama yang kami lakukan adalah membungkus barangan Hari Raya untuk diagihkan kepada golongan yang memerlukan.



"Pada mulanya memang kami tidak suka melakukannya. Namun lama-kelamaan, ia membuka perspektif kami dan menyemai nilai baik dalam diri."



Beliau menambah mereka membuat keputusan melibatkan diri secara serius dan akan mengetepikan waktu untuk meluangkan masa dalam aktiviti kesukarelawanan.



"Sungguhpun kami sibuk dengan tugasan harian, kami mengetepikan waktu sekurang-kurangnya sebulan sekali untuk lakukan kerja sukarelawan.



"Saya rasa ia juga wadah bagi kami untuk lakukan aktiviti bersama," jelas Cik Siti Ruqaiyah.



Cik Siti Az-Zahroh berkata beliau mula menyertai kerja-kerja sukarela bersama KidSTART apabila diajak oleh adiknya pada hujung 2021.



Pada waktu itu, beliau dan relawan lain perlu menggembleng tenaga untuk pergi rumah ke rumah bagi mengagihkan makanan yang termasuk buah-buahan atau sayuran segar.



"Saya amat kagum sebenarnya dengan kecekapan tadbir urus dan cara program dijalankan," tambah beliau.



Beliau menambah bahawa untuk berkecimpung dalam kerja sukarelawan, sifat cepat menilai orang lain perlu dibuang kerana "setiap individu berhadapan dengan cabaran berbeza".



"Kita harus ada rasa empati dan tidak boleh mudah buruk sangka dengan keadaan atau nasib orang lain," tambah Cik Siti Az-Zahroh.




SEKILAS PERANAN RELAWAN KIDSTART



Jangkau dan terlibat sama dengan keluarga



  • Bantu libatkan keluarga dalam program KidSTART

  • Tahap komitmen: Sekurang-kurangnya 3 bulan (3 jam/sesi jangkauan). Perlu jalani latihan 2-3 jam

Jadi rakan KidSTART



  • Beri sokongan ad-hoc kepada keluarga dan pekerja KidSTART (termasuk lawatan ke rumah, membawa keluarga untuk janji temu dan lain-lain)

  • Tahap komitmen: Perlu jalani latihan 2-3 jam

Tingkat dana & kesedaran



  • Kongsi tujuan KidSTART & kumpul dana yang diperlukan untuk keluarga

  • Mulakan inisiatif anda & maklumkan cara bagaimana KidSTART boleh menjadi sebahagian daripadanya

Edar Buku Cerita KidSTART



  • Edar buku sesuai ikut peringkat umur untuk bantu kanak-kanak KidSTART kembangkan minat membaca & kemahiran bahasa




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >