Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dua cedera dalam penerbangan Scoot selepas pengecas terbakar

Jan 12, 2023 | 05:30 AM



DUA penumpang dalam penerbangan Scoot yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Taoyuan di Taiwan ke Singapura cedera kelmarin disebabkan kebakaran yang berpunca daripada pengecas mudah alih.



Kedua-dua mereka menaiki penerbangan TR993, yang sepatutnya berlepas pada 7.35 malam kelmarin dan tiba di Singapura sekitar 12.20 pagi keesokan harinya, lapor akhbar Lianhe Zaobao, memetik laporan media setempat.



Anggota bomba segera dikerahkan ke tempat kejadian setelah pihak berkuasa lapangan terbang dimaklumkan kira-kira 7.40 malam.



Pesawat itu kembali ke landasan lapangan terbang dari landasan setelah api dipadamkan.



Video dan gambar yang disebarkan di media sosial menunjukkan sebahagian kabin pesawat dipenuhi asap putih tebal.



Kedua-dua penumpang yang terjejas dilaporkan memilih untuk meneruskan perjalanan setelah pemeriksaan perubatan mendapati mereka tidak perlu rawatan hospital.



Scoot berkata pesawat itu selamat kembali ke pintu pelepasan setelah pengecas mudah alih milik salah seorang penumpang menjadi terlalu panas semasa pesawat belum lagi memulakan penerbangan, lapor The Straits Times.



"Bantuan perubatan telah diberikan kepada pemilik pengecas mudah alih dan temannya, yang mengalami kelecuran kecil di jari mereka.



"Kami mengatur semula penerbangan dan akan menyediakan penumpang yang terjejas dengan penginapan dan makanan.



"Scoot dengan ikhlas memohon maaf atas kejadian itu. Keselamatan pelanggan dan kru kami adalah keutamaan kami.



"Siasatan ke atas kejadian itu sedang dijalankan," tambah Scoot.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >