Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dua dibawa ke hospital, 100 dipindah ekoran kebakaran di flat Woodlands

Dec 20, 2022 | 05:30 AM



SATU kebakaran berlaku di Blok 806 Woodlands Street 81 pagi semalam, yang menyebabkan 100 orang dipindahkan dari blok itu sebagai langkah berjaga-jaga.



Dua orang telah dibawa ke Hospital Khoo Teck Puat selepas terhidu asap ketika kejadian tersebut.



Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata siasatan awal mendapati kebakaran itu berpunca daripada sumber elektrik. Ia dipercayai bermula daripada alat bantuan mobiliti peribadi di ruang tamu unit itu.



Kejadian itu berlaku 11 hari selepas kematian Sarjan (1) Edward H. Go, yang pengsan ketika memadamkan kebakaran di flat dua bilik di Henderson Road pada 8 Disember lalu. Beliau meninggal dunia pada hari yang sama.



Kebakaran itu berkemungkinan berpunca daripada elektrik.



SCDF berkata ia telah dimaklumkan mengenai kebakaran di Woodlands pada jam 2 pagi semalam.



SCDF berkata: "Kebakaran melibatkan kandungan ruang tamu di sebuah unit di tingkat lima. SCDF memadamkan api menggunakan dua kekili hos."



Memberi amaran kepada orang ramai tentang kebakaran yang berpunca daripada elektrik, SCDF berkata bateri tidak seharusnya dicas untuk tempoh masa yang panjang atau semalaman.



Ia juga menambah: "Jangan beli atau gunakan bateri yang bukan asli."



Pada 2021, tiga punca utama kebakaran termasuk memasak tanpa pengawasan, diikuti kebakaran elektrik dan kebakaran yang melibatkan kandungan isi rumah seperti perabot.



Pada tahun yang sama, terdapat 32 kebakaran melibatkan peranti mobiliti peribadi dan 23 yang melibatkan basikal elektrik.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >