Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dua diberkas; rokok elak cukai dan dua kenderaan dirampas

Feb 08, 2023 | 05:30 AM



KASTAM Singapura menangkap dua lelaki Singapura dan merampas 3,550 karton rokok tidak dibayar cukai dalam satu operasi pada 2 Februari.



Dalam operasi yang dijalankan di sebuah tempat letak kereta di Hougang Avenue 3, pegawai kastam melihat seorang pemandu lelaki berusia 30 tahun memindahkan kotak-kotak berwarna coklat dari sebuah van ke atas sebuah troli untuk diambil seorang lelaki berusia 63 tahun.



Pegawai kastam kemudian menjalankan pemeriksaan dan menemui 750 karton rokok tidak dibayar cukai dalam van tersebut dan di atas troli.



Dua lelaki itu kemudian ditangkap, kata Kastam Singapura dalam satu kenyataan semalam.



Pada masa sama, pegawai kastam menjalankan pemeriksaan di sebuah unit perindustrian dalam sebuah bangunan di Aljunied Road dan menemui 2,800 karton rokok tidak dibayar cukai.



Sebuah trak dirampas dari sebuah tempat letak kereta terbuka dekat bangunan itu.



Siasatan mendedahkan bahawa pemandu berkenaan menggunakan trak yang dirampas itu untuk menghantar rokok tidak dibayar cukai ke unit perindustrian tersebut.



Dia kemudian menggunakan van tersebut untuk mengambil rokok tidak dibayar cukai itu dari unit perindutrian tersebut dan menghantarnya kepada seorang lelaki di Hougang Avenue 3.



Rokok tidak dibayar cukai itu serta kededua kenderaan tersebut dirampas.



Keseluruhan cukai serta cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dielak masing-masing berjumlah sekitar $362,090 dan $32,230.



Siasatan masih dijalankan ke atas lelaki berusia 30 tahun itu.



Lelaki berusia 63 tahun itu telah dikenakan dakwaan dan sedang menanti perbicaraan mahkamah.



Membeli, menjual, menyampai, menghantar, menyimpan, memiliki atau menguruskan barang tidak dibayar cukai adalh satu kesalahan serius di bawah Akta Kastam dan Akta GST.



Pesalah boleh didenda hingga 40 kali jumlah cukai dan GST yang dielak dan/atau dipenjara hingga enam tahun.



Pesalah berulang yang ditangkap dengan lebih dua kilogram produk tembakau juga berhadapan hukuman penjara mandatori.



Kenderaan yang digunakan dalam kesalahan sedemikian juga boleh dirampas.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >