Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dua dilantik anggota Majlis Penasihat Presiden

Jun 04, 2021 | 05:30 AM



DUA individu, Cik Mildred Tan dan Dr Sudha Nair, dilantik sebagai anggota Majlis Penasihat Presiden (CPA) dalam satu upacara di Istana semalam.



Mereka telah dilantik ke majlis itu oleh Presiden Halimah Yacob, menurut satu kenyataan Istana.



Penggal Cik Tan adalah selama setahun hingga 1 Jun tahun depan, dan beliau menggantikan mantan hakim Mahkamah Agung Encik Goh Joon Seng, yang mengundur diri sebagai anggota majlis itu pada 21 April lalu setelah 13 tahun berkhidmat.



Cik Tan, seorang pemimpin perniagaan dan mantan Anggota Parlimen Dilantik, telah dilantik oleh Presiden atas nasihat pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.



Cik Tan sebelum ini pernah menjadi pengarah urusan Ernst & Young Advisory. Dalam jawatan itu, beliau bertanggungjawab bagi nasihat perniagaan mengenai peningkatan prestasi bagi pertubuhan besar, termasuk strategi korporat.



Dr Nair, seorang pengarah eksekutif di pusat pakar keganasan keluarga Pave, pula dilantik sebagai anggota ganti untuk penggal empat tahun hingga 1 Jun 2025.



Beliau dilantik oleh Presiden atas nasihat Perdana Menteri, setelah berunding dengan Ketua Hakim dan pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.



Dr Nair telah terlibat dalam sektor khidmat sosial sejak 1987, dan merupakan anggota Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan anggota lembaga di Lembaga Perumahan dan Pembangunan.



CPA, yang dipengerusikan Encik Eddie Teo, terdiri daripada lapan anggota dan dua anggota ganti.



Anggota ganti bertindak untuk menggantikan anggota, kecuali pengerusi, sekiranya seorang anggota tidak dapat menyertai prosiding majlis atas sebab seperti penyakit.



Majlis itu menasihati Presiden mengenai penggunaan kuasa budi bicara dan hak penjagaannya.



Presiden diwajibkan untuk berunding dengan CPA semasa menggunakan kuasa budi bicara yang berkaitan dengan semua urusan fiskal dan pelantikan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >