Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dua kakitangan hotel raih anugerah cemerlang atas layanan baik

Sep 29, 2023 | 03:01 PM



Tiada siapa menafikan industri hospitaliti adalah mencabar.

Namun begitu, bagi pengurus tugas di hotel Aloft Singapore Novena, Encik Mohd Aniq Johar dan penyelia keselamatan di hotel Crowne Plaza Changi Airport, Encik Muhammad Taufiq Abdul Ghani, mereka bersedia memberikan perkhidmatan dan layanan terbaik melebihi skop tugas demi tetamu.

Kesungguhan mereka menjalankan tugas dengan cemerlang telah diiktiraf oleh Persatuan Hotel Singapura (SHA), Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) dan Kesatuan Gabungan Pekerja-pekerja Minuman dan Makanan (FDAWU) dan menerima Anugerah Pekerja Terbaik FDAWU/NTUC/SHA pada Selasa lalu.

Untuk 2023, seramai 82 kakitangan diiktiraf atas prestasi cemerlang dan perkhidmatan terpuji mereka dengan Anugerah Pekerja Terbaik FDAWU/NTUC/SHA.

Anugerah yang dilancarkan pada 1985 itu bertujuan menggalak hotel mengiktiraf pekerja yang menunjukkan prestasi cemerlang dalam perkhidmatan dan pelayanan.

Bagi Encik Mohd Aniq, 34 tahun, yang menetap di Malaysia, beliau terpaksa meninggalkan isteri dan anaknya yang berusia sembilan tahun, demi mencari rezeki di Singapura.

Beliau perlu meninggalkan rumahnya seawal 4.30 pagi tetapi mengakui sudah biasa dengan perkara itu dan tidak membenarkan kepayahan tersebut menjejas prestasi cemerlangnya di tempat kerja.

“Moto saya adalah kerja saya sebagai pengurus tugas bukan hanya setakat membantu tetamu daftar masuk dan keluar. Ia lebih daripada itu,” kata beliau kepada Berita Harian (BH).


Beliau menjelaskan, sebagai pengurus tugas, beliau bukan hanya melayan tetamu, malah harus membantu menjalankan tugas kakitangan lain seperti menyiapkan bilik untuk menolong menyambut tetamu yang ramai.

“Melayan tetamu merupakan satu seni,” tambah beliau.

Selain itu, beliau juga menghantarkan anak patung yang tertinggal seorang tetamu secara peribadi.

Protokol hotel adalah untuk tetamu mendapatkan perkhidmatan penghantaran sendiri untuk menghantar barangan mereka yang tertinggal.

“Tentu kita semua mempunyai bantal busuk yang kita tidak boleh tidur tanpanya. Saya terus tawarkan (diri) untuk menghantarnya,” kata beliau.

Beliau menjelaskan bahawa sebagai seorang bapa, beliau memahami keadaan dan perkhidmatan courier bukan hanya lebih mahal, malah akan mengambil lebih masa untuk sampai kepada pemiliknya.

“Apabila kita memberi perkhidmatan kepada tetamu, kita perlu melakukannya dengan ikhlas dan sesungguh hati kita,” nasihat Encik Aniq kepada mereka yang bekerja dalam industri yang sama.

Sementara itu, Encik Taufiq, 29 tahun, masih menuntut secara sambilan di Politeknik Temasek semasa bertugas sebagai penyelia keselamatan di hotel Crowne Plaza Changi Airport.

Beliau pernah bekerja sebagai seorang jurumasak di Crowne Plaza Changi Airport tetapi apabila wabak Covid-19 melanda, beliau diberi peluang untuk beralih ke bidang keselamatan.

Moto beliau pula adalah “berwaspada dengan kasih sayang”.

Encik Taufiq percaya beliau harus berwaspada semasa bekerja tetapi pada masa yang sama, beliau juga harus menunjukkan belas kasihan dan memahami bahawa setiap tetamu berbeza.

“Saya perlu lebih fleksibel dan baik hati semasa menerima keperluan tetamu,” jelas beliau kepada BH.


Encik Taufiq berkongsi bahawa beliau telah membantu seorang tetamu dan anaknya yang cedera akibat tergelincir di sekitar kolam renang.

Apabila beliau menerima pujian daripada tetamu tersebut, beliau berkongsi, itulah masanya beliau benar-benar gembira dan berbangga sebagai seorang penyelia keselamatan.

“Setiap pegawai keselamatan akan menghadapi banyak cabaran. Kita harus bersabar menghadapi cabaran ini dan pada masa yang sama kita harus menunjukkan belas kasihan dan memahami bahawa setiap orang mempunyai keperluan berbeza,” nasihat Encik Taufiq kepada pegawai keselamatan lain yang mungkin sedang menghadapi cabaran yang sama.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >