Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

5 hotel mesra keluarga untuk ‘staycation’

Aug 22, 2023 | 05:30 AM



5 hotel mesra kanak-kanak di Singapura bagi tingkatkan pengalaman cuti inap, atau ‘staycation’, keluarga

Cuti sekolah adalah masa popular untuk cuti inap dan cuti seminggu akan datang pada September telah dilanjutkan kerana Hari Guru kini jatuh pada 11 September dan bukan 1 September disebabkan oleh Hari Mengundi bagi Pilihan Raya Presiden.

Berikut lima hotel di Singapura yang mesra kanak-kanak bagi meningkatkan pengalaman cuti inap keluarga anda.

M HOTEL SINGAPURA

Hotel di Tanjong Pagar ini bekerjasama dengan Kiztopia – jenama Singapura yang sinonim dengan taman permainan ruang dalam – untuk melancarkan bilik suite keluarga bertema pertamanya.

Bilik suite ini mempunyai jakuzi, projektor cahaya dan bunyi, serta mainan untuk menghiburkan anak-anak.

Harga: Pakej Nautical Family Suite bermula pada $630++ untuk satu malam bagi penginapan hingga 2 Jan 2024. Ia merangkumi kemasukan ke cawangan Kiztopia di Marina Square untuk dua dewasa dan dua kanak-kanak bawah 12 tahun.


Maklumat: str.sg/i5La


CITADINES CONNECT CITY CENTRE

Sebaik sahaja anak-anak memasuki bilik, mereka akan mahu memanjat ke atas katil dua tingkat yang disediakan dan menuruni gelongsor. Bilik ini juga dilengkapi dengan beg kekacang, permaidani tingting dan mainan kayu.

Anak-anak boleh menikmati minuman dan snek percuma di dalam bilik, seperti kerepek kentang, kacang campur, minuman soda dan jus.

Luangkan masa di kolam renang di bumbung hotel, yang mempunyai kawasan cetek untuk bayi dan kanak-kanak prasekolah bermain air.

Pada waktu malam, bersantai bersama dengan membaca buku bergambar dan majalah daripada National Geographic Kids yang disediakan di dalam bilik mereka.


Harga: Daripada $512++ untuk Bilik Keluarga dan $648++ untuk Suite Keluarga


Maklumat: str.sg/i5LD







EAST VILLA DI HOME TEAMNS BEDOK RESERVOIR

Pilih daripada 10 vila dua tingkat, setiap satu dengan tiga bilik tidur dan menghadap ke Kolam Air Bedok atau kehijauan subur.

Tiket diperlukan untuk memasuki pusat Aqua Adventure yang mempunyai gelongsor air tertutup terpanjang di Singapura pada 114 meter.

Pada waktu petang, hidupkan konsol permainan video di vila dan ‘bersaing’ dalam permainan lama seperti Street Fighter.


Harga: Daripada $403.74 untuk satu malam bagi ahli HomeTeamNS; $504.67 untuk mereka yang memegang kad Safra dan PAssion; dan $585.42 untuk orang ramai. Hanya ahli HomeTeamNS boleh membuat tempahan vila dari Jumaat hingga Ahad, semasa cuti sekolah dan pada malam cuti umum dan hari cuti umum.


Maklumat: str.sg/i5Lr







VILLAGE HOTEL SENTOSA

Kanak-kanak boleh mengalami bagaimana rasanya bekerja dalam bidang hospitaliti di Village Hotel Sentosa.

Dalam program Mini Concierge baru, si kecil boleh belajar mengemudi rangkaian MRT, supaya mereka boleh membimbing tetamu hotel dengan lebih baik ke tarikan popular di Singapura.


Program Mini Responder pula memperkenalkan kanak-kanak kepada pengetahuan pertolongan kecemasan asas.


“Pekerjaan” lain yang boleh mereka cuba ialah artis, jurutera dan jurukemas.

Selepas “kerja”, tiba masa untuk ke empat zon kolam mesra kanak-kanak, dengan air sedalam 0.5 meter hingga 1.2 meter, atau hanya berehat di bilik yang selesa.

Harga: Bilik Keluarga Deluxe bermula pada $1,040++ untuk satu malam. Ini termasuk bufet sarapan pagi untuk dua orang dewasa dan dua kanak-kanak, yang juga boleh menikmati semua pengalaman Mini Hotelier semasa penginapan mereka. Bilik Keluarga boleh ditempah pada harga bermula $840++ untuk satu malam, tetapi tidak termasuk sarapan pagi dan pengalaman Mini Hotelier.


Maklumat: villagehotels.asia/sentosa


SHANGRI-LA RASA SENTOSA

Anak-anak anda tidak akan mahu meninggalkan hotel tepi pantai ini kerana terdapat jadual harian kegiatan percuma dan menyeronokkan. Di kolam renang, mereka boleh belajar “berjalan” di atas air, menyertai kelas senaman akuatik atau bermain gelongsor.

Jika anak anda berumur lima hingga 12 tahun, hantar mereka ke kelab kanak-kanak. Untuk penginapan dari 2 hingga 10 September, kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah boleh menikmati aiskrim tanpa had percuma di Siloso Beach Bar.

Mereka juga mendapat akses percuma satu kali ke Nestopia. Struktur permainan mega di Pantai Siloso itu mempunyai gelongsor hingga 15 meter panjang, cabaran memanjat pada ketinggian 7.5 meter dan jambatan tergantung.

Harga: Harga bermula pada $370++ untuk satu malam


Maklumat: str.sg/i5Ly




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >