Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SUSULAN PERMOHONAN KARIAH ANJUR TARAWIH DI KOLONG BLOK

Dua kariah dari Woodlands tidak dapat teruskan tarawih di kolong flat

Mar 21, 2023 | 05:30 AM



SEKURANG-KURANGNYA dua kariah dari Woodlands menyatakan tidak berupaya meneruskan anjuran tarawih di bawah kolong blok dan dewan disebabkan kesuntukan masa.



Qaryah15 dan Qaryah30 dari Woodlands membuat keputusan itu setelah mengambil kira keperluan untuk menyiapkan logistik pemasangan khemah, kipas sewa, tandas bergerak, mendapatkan imam dan bilal memerlukan masa sekurang-kurangnya sebulan untuk berbuat demikian.



Pengerusi Qaryah30 Woodlands Drive 14, Encik Abdul Wahid Abdul Karim, berkata Qaryah 30 telah menganjurkan solat tarawih di Blok 524A Woodlands Drive 14 sejak 2004 berkata kariahnya pada mulanya gembira apabila diberitahu boleh menganjurkan solat tarawih tetapi kemudian diberitahu pada Isnin lalu dibatalkan.



"Kami telah mendapatkan kontraktor yang dibantu oleh Masjid An-Nur untuk memasang khemah dan keperluan logistik yang lain.



"Namun setelah dibatalkan, dan kemudian diberitahu keputusan ini akan dipertimbangkan, jadi kami kesuntukan masa untuk menganjurkan solat tarawih ini,'' ujar Encik Abdul Wahid.



Pengerusi Qaryah15, Encik Salim Ahmad, yang terlibat di Woodlands Drive 50 memberitahu kariahnya telah menganjurkan majlis kenduri, tarawih dan solat Hari Raya semenjak tahun 1996.



Peralatan logistik memang sudah sedia ada dalam stor untuk kegunaan setiap tahun.



Menurutnya apabila mendapat kebenaran, mereka memulakan persiapan dan mendapatkan kelulusan Muis, Anggota Parlimen dan menempah dewan dari Majlis Bandaran dan kemudian mendapat arahan pihak Muis beri arahan 'U turn' dan batalkan kebenaran untuk menganjur.



"Selama 3 tahun Covid, banyak peralatan yang rosak kerana tersimpan lama dalam stor.



"Kami ada yang telah membeli dan dalam proses membeli alat-alat yang baru. Dewan Majlis Bandaran sudah ditempah dan dibayar.



"Apabila diarah untuk batalkan, kami akur serta untuk mengurangkan kerugian cepat-cepat kami hentikan kesemua pembelian yang dalam proses.



"Para imam dan muazzin yang telah kami tempah cepat-cepat kami beritahu supaya mereka boleh mencari peluang lain.



"Ini membingungkan semua. Tentunya para penduduk akan bertanya serta kecewa mengapa kami tidak anjurkan sedangkan telah tersiar bahawa Muis kini telah mengizinkan. Kariah kami tidak mampu untuk meneruskan dengan pertukaran yang tiba-tiba ini,'' ujar Encik Salim.




"Kami telah mendapatkan kontraktor yang dibantu oleh Masjid An-Nur untuk memasang khemah dan keperluan logistik yang lain.
Namun setelah dibatalkan, dan kemudian diberitahu keputusan ini akan dipertimbangkan, jadi kami dikesuntukan masa untuk menganjurkan solat tarawih ini.''
- Encik Abdul Wahid Abdul Karim, Pengerusi Qaryah30 Woodlands Drive 14.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >