Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dua kelompok Covid-19 ditutup sebab tiada kes baru: MOH

Jul 04, 2021 | 10:14 PM



 



 



Dua kelompok jangkitan Covid-19 telah ditutup selepas tiada lagi kes yang berkaitan dilaporkan selama 28 hari yang lalu, kata Kementerian Kesihatan (MOH).



Satu merupakan kelompok kes 63931 yang berkaitan dengan seorang pesara warga Singapura berusia 82 tahun yang disahkan positif pada 1 Jun.



Satu lagi adalah kelompok Tektronix, yang jangkitan pertama dilaporkan pada 26 Mei. 



Buat masa ini terdapat 24 kelompok aktif di Singapura, yang mempunyai di antara tiga dengan 93 jangkitan.



Sehingga tengah hari Ahad (4 Julai),  hanya satu kes Covid-19 baru dalam masyarakat telah dilaporkan. Pesakit berkenaan tidak berkait dengan kes lain. 



Namun MOH tidak memberikan butiran lanjut mengenai kes ini. 



Selain itu, terdapat 10 kes import yang kesemuanya sudah dikenakan notis jangan keluar rumah (SHN) atau diasingkan setibanya di Singapura. 



Secara keseluruhan, 11 kes Covid-19 baru dilaporkan di negara ini sehingga tengah hari Ahad. 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >